RESEPI: HIRISAN SENGKUANG BERSAMA MADU BERLEMON:
Bahan-Bahan:
1 biji sengkuang sederhana besar dihiris.
1 cawan karot diparut.
1 cawan timun diparut.
1/2 cawan Daun Cilantro atau Daun ketumbar (mamak haji gunakan daun ulam salom).
Cara buat madu lemon:
1. Masukkan 2 sudu besar gula pasir dalam kuali, masukan sedikit air. Buat gula hangus, bila gula mula hangus, kecilkan api dapur dan masukkan satu cawan air sedikit demi sedikit. Bila gula hangus cair, masukkan pula 1 cawan gula pasir dan kacau rata sehingga gula cair semua, masukkan 2 sudu besar cuka. Didih air gula sehingga jadi sira. Tutup api dapur dan masukkan 1/2 cawan air lemon. Madu lemon anda telah siap. Biarkan ia sejuk. Kelikatan madu terpulang pada anda, tapi awas..bila sejuk madu anda menjadi lebih pekat.
2. Bila madu tiruan anda sejuk..masukkan 1 sudu besar hirisan cili merah yang telah dibuang biji.
3. Masukkan 1/2 cawan minyak canola, garam dan serbuk lada hitam kasar secukup rasa.
Cara menyediakan Salad:
Tuang madu lemon yang telah siapkan, pada salad sengkuang timun dan dan karot yang dalam mangkok salad dan kacau rata...dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment