RESEPI: SPAGHETTI BOLOGNESE
Mamak haji cuma nak tumpukan kepada pembuatan sos yang seakan sama dengan sos bolognese yang yang dihasilkan oleh syarikat "Prego". Tujuan resepi ini ialah untuk meringankan kos bahan untuk para pengusaha kantin, untuk katerer yang adakan majlis jamuan atau untuk keluarga yang agak besar. Anda juga boleh mengubah suai resepi mamak haji mengikut cita rasa anda sendiri. Spaghetti sebenarnya resepi makanan orang Italy yang asal usulnya ia adalah makanan utama untuk tentera Greek Kuno. Spaghetti diperbuat dari tepung suji atau digelar semolia. Nama Bolognese adalah menunjukkan sos yang digunakan. Sos ini berasaskan daging. Asal usul nama sos ini berasal dari nama tempat di Italy bernama "Bologna". Ia sama seperti "mee udang sg.dua" yang berasal dari Sg.Dua Seberang Perai.
Masak Spaghetti adalah sangat mudah.
1. Masak air dalam stok pot sehingga mendidih. Masukkan garam dan minyak masak.
2. Masukkan 2 bungkus spaghetti secara menegak dan pusingkan seperti kipas. biarkan ia masak mengikut masa yang ditetapkan dalam setiap bungkusan. Pilihlah saiz ketebalan yang anda sukai. Jangan risau sekiranya rebus dalam keadaan tegak kerana ada bahagian tidak ditenggalami air rebus. Spaghetti yang sedang masak akan turun sedikit demi sedikit dan memenohi dibawah paras air.
3. Masa untuk rebusan spaghetti ini bergantung kepada pembuat spaghetti itu sendiri. Anda perlu baca masa yang ditentukan yang tertera dibungkusan. Jangan lupa.
4. Setelah sampai pada jangka masa masak yang ditetapkan, keluarkan spaghetti dari rebusan dengan penapis air dan dengan segera lalukan air paip sehingga spaghetti anda betul-betul sejuk.
5. Toskan spaghetti. Panaskan kuali dengan sederhana panas dan masukkan dua sudu besar "butter". Biarkan "butter" cair dan masukkan spaghetti ke dalam kuali dan gaulkan dengan butter. terbalik-balikan spaghetti supaya butter meresapi keseluruhan bahagian spaghetti. Ini elakan semasa hidangkan di pinggan spaghetti anda tidak berair.
6. 1 minit sudah memadai untuk spaghetti berada dalam kuali. Keluarkan spaghetti anda. Spaghetti anda telah siap.
CARA MEMBUAT SOS BLOGNESE AYAM - 10 ORANG.
BAHAN-BAHAN:
1 kg. isi ayam (tanpa kulit) bahagian dada amat sesuai. Dipotong kiub 1 cm.
1 kg. Tomato segar dipotong dadu.
4 biji bawang besar (bersaiz sederhana 160gm) dihiris dadu.
1 tin "tomato puri" 430gm.
5-6 sudu besar madu atau gula pasir.
8 biji bawang putih diketuk hancur.
4 sudu besar pes cili kisar (cili giling) kalau nak pedas boleh tambah.
3 sudu kecil serbuk cili.
3 sudu kecil daun oregano kering
3 sudu kecil lada hitam.
2 sudu besar cuka. (Mat salleh pakai wine..tak tahu mcm mana depa kata prego itu halal???).
2 sudu kecil sos worchester buatan sendiri mamak haji.
1/4 sudu kecil serbuk buah pala.
3 sudu besar 'parsley' yang dicincang.
2 sudu besar daun selasih atau mat salleh panggil "basil"- Indonesia,"tlasih".
CARA PENYEDIAAN:
1. Kupas bawang (bawang holland) dan hiris dadu. Masukkan minyak masak ke dalam kuali sos (sauce pan) atau kuali biasa pun boleh juga.
2. Layukan bawang, jangan sampai garing., masukan isi ayam dan masak sehingga isi ayam bertukar warna ke perangan, Masukan cuka, dan semua bahan-bahan rempah, bawang putih yang telah diketuk, pes cili, madu dan puree tomato.
3. Masukkan air stok ayam sebanyak 3 liter kalau tidak rajin buat pakai stock knorr dalam empat kiub dengan air biasa. Masukan tomato. Bila kuah mula didih , kecilkan api dan renehkan sos selama 2 jam.
4. Masukkan garam secukup. Kepekatan boleh ubah suai dengan tambahkan air. Sos bolognese anda telah siap. Sekiranya anda gunakan daging cincang ia lebih enak.

sumber:FB mamak haji
No comments:
Post a Comment