Monday, August 26, 2013

Makan 'gaji' dengan Allah (1)


Anak kelahiran Bumi Kenyalang, berasal dari Sibu. Mencari ketenangan melalui perantaraan sebuah buku yang diletakkan oleh teman di atas mejanya berkaitan Islam sehingga membukakan untuk mengetahui lebih lanjut dan lanjut tentang agama ini. 

Setelah menginjak remaja, beliau merasakan sesuatu. Bolehkah Agama dipilih? Kenapa mereka dilahirkan sebagai seorang Muslim? Kenapa aku lahir sebagai agama yang ini?

Ayuh bersama Krew Hidayah Centre Negeri Sembilan menyingkap kisahnya, tentu ada sesuatu yang unik ditemui, insya’Allah.”

______________________________________________________

Mahasiswa semester 4,sebuah Politeknik di Negeri Sembilan, penuntut jurusan Diploma Pengajian Perniagaan E-Commerce, iaitu lebih kepada Membina Laman Web, kisahnya bermula sedari zaman persekolahan lagi.

Beliau meyakini bahawa setiap apa yang diperbuat akan diberi “gaji” oleh Yang Maha Esa. Tidak kira kecil atau besar, tersorok atau tampak dan tidak kira apa pun.

Keyakinanteguhnya itulah membuatkan dirinya senantiasa berpegang utuh pada Agama Fitrah iaitu Islam yang dianutinya semenjak 2 Syawal 1433 Hijrah, hsetahun yang lalu.

Keputusan paling besar yang diambilnya dalam hidup iaitu kembali kepada Islam adalah semata-mata kerana Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Tiada sebab lain.Hasil sebuah pencarian.

KISAHNYA BERMULA...

Adam mengenal Islam semenjak di tingkatan 5 lagi. Pada awalnya juga, Adam tidak pernah ‘diajak’ atau ‘dipelawa’ bersama dan kembali kepada Islam. Segalanya melalui usaha dan inisiatif sendiri iaitu melalui pendedahan bacaan yang menarik diri.

Bermulanya Adam tertarik dengan Agama Suci ini ketika membaca buku-buku Keajaiban Islam seperti buku ensaiklopedia.

BagiAdam ia sesuatu yang menyeronokkan di samping akal Adam terus berfikir mengenai di mana rasionalnya agama yang Adam sedang anuti. Namun, Adamsedari waktu itu masih bawah umur lagi. Maka terpendamlah seketika hasrat Adam mengenainya.

Segala-galanya berubah setelah dapat tahu Adam diterima masuk ke politeknik yang letaknya di Semenanjung Malaysia.

Berikutan kisah Adam yang semacam dah berjinak-jinak dengan agama lain, ibu tidak mengizinkan Adam berjauhan selain memandangkan Adam satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Namun, akhirnya ibu kata ikut minat dan memberikan “green light.”

Melalui penghidupan di sini (politeknik) bermula dengan semester 1, kawan ramai. Adam makin kenal antara satu sama lain. Namun tetap seperti zaman persekolahan Adam. Tiada yang “mempelawa” Adam untuk bersama Islam.

Hati Adam masih ingin tahu dan mendalami tentang Islam walaupun pernah terbantut seketika.

Seperti biasa, Adam masih terus belajar daripada buku. Serasa aman dan mudah sedikit daripada sebelumnya kerana jauh daripada keluarga. Apalagi ditempatkan serumah dengan rakan berbangsa Melayu dan beragama Islam. Itu salah satu nilai tambah pada Adam yang semakin teguh ingin mencariTuhan yang sebenar.

Makin naik semester (sem 3) makin merasa inginkan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan ketenangan pada diri sendiri. Pelbagai usaha Adam lakukan. Namun tiada yang menambat hati.

Sebelumini, Adam menganut agama Buddha. Sentiasa Adam mencari kebenaran dalam agama yang dianuti. Apalagi didorong ibu dan ayah. Namun masih tak ditemui.

Sering persoalan bermain difikiran;

“Kenapa agama ini tak ada pilihan? Kenapa ada banyak agama? Yang mana satukah yang benar?”

Hinggakan Adam pernah mempersoalkan satu isu yang suatu waktu lalu popular diakhbar, “Orang Melayu bebas memilih agama?” justeru, pelbagai persoalan ketuhahan berlegar difikiran.

Setiap bulan dua kali Adam bersama keluarga ke Temple mengikuti upacara keagamaan.

ENSAIKLOPEDIA DAN BUKU MENJADI “TEMAN” 

Melalui pembacaan buku Kelahiran Bayi (ensaiklopedia) iaitu buku sains, hati Adam rasa tercuit kerana buku itu menceritakan keajaiban tentang Islam.

Sewaktu semester 3, ada satu buku iaitu Pendidikan Islam yang kawan Adam letakkan atas meja.

Adam pun bertanyakan pada kawan satu bilik;

“Siapa yang letak atas meja Adam?”

Semua kata tak ada. Tak tahulah kenapa mereka tak nak mengaku. Mungkin merisaukan Adam akan melenting atau marah.

Tapi waktu itu perasaan Adam sangat suka sebab dapat membacanya.

Dalambuku itu ada menerangkan mengenai Rukun Islam. Adam baca segala yangterdapat dalam buku itu. Macam tersedarlah Adam waktu tu.

Kebetulan pula waktu tu, kawan Adam suka dengar Lagu Maher Zain. Masa terdengar lagu tu, Adam merasakan macam terkena dengan diri sendiri sahaja.

OPEN YOUR EYES

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

No comments: