Kisah Kisah Mimpi Yang Menggentarkan Jiwa Posted on Monday, August 26 @ 00:54:45 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Oleh: merong
"Tujuan kisah mimpi ini ditulis adalah untuk perkongsian pengalaman semata-mata dan semoga perkongsian ini akan menambah keimanan kita semua. Tidak ada niat untuk mendatangkan aib kpd sesiapa malah jauh sekali untuk mendatangkan riak.
KISAH MIMPI 1
Aku dibawa ke sebuah tempat yang gelap lalu membuka pintunya. Terpancar cahaya hijau di dalam bilik tersebut. Aku melihat wajah-wajah gembira penghuni di dalamnya. Ketika aku berselisih dengan salah seorang daripada mereka terus aku mengucapkan “Assalamualaikum Ya Ahlil Qubur” seolah-olah aku tahu aku berada di Alam Barzakh.
Aku terus berjalan mengelilingi bilik tersebut. Penghuninya berzikir tanpa henti. Di satu sudut yang agak gelap aku terlihat seorang yang aku cukup mengenalinya. Ya Allah…itulah Bapaku. Aku terus menerpa kearahnya untuk memeluknya. Aku terus terjaga dari mimpi tersebut didalam keadaan aku menangis tesak-esak bagaikan seorang anak yang kecil disisi isteriku. Aku melihat jam yang menunjukkan pukul 2 pagi. Kisah mimpi ini terjadi ketika aku berumur 40 tahun.
KISAH MIMPI 2
Aku di bawa ke atas permukaan matahari yang terang benderang. Mulutku terkunci melihat suasana permukaannya yang amat menakutkan. Setelah puas melihat permukaan matahari aku melihat keangkasa. Sungguh indah suasananya melihat bumi yang biru di kejauhan beserta planet-planet yg lain. Aku terasa dan melihat sendiri keajaiban matahari itu bergerak mengelilingi bumi bersama sama planet yg lain. Apabila aku terjaga jam menunjukkan pukul 3 pagi. Kisah mimpi ini terjadi ketika aku berumur 40 tahun.
KISAH MIMPI 3
Aku berada di kampungku yg sememangnya di tepi pantai. Tiba-tiba suasana bertukar menjadi gelap gelita. Air Laut meninggi sehingga keparas pokok kelapa. Kayu, bumbung semuanya berterbangan menjadi peluru sesat. Aku memegang erat tangan kakak ku untuk lari dari suasana tersebut. Bila aku terjaga, tilam aku basah bagai orang yang baru lepas mandi. Mimpi tersebut datang kepada aku 3 malam berturut-turut. Kisah mimpi ini terjadi ketika aku berumur 13 tahun.
KISAH MIMPI 4
Mimpi ini berlaku kepada anak perempuanku yang ketika itu berumur sekitar 13tahun. Beliau menceritakan bagaimana dia dan ibunya berada di satu padang yang luas dimana yang terdapat hanyalah manusia. Beliau melihat sebatang jambatan yg teramat kecil diatas api yang panas menyala-nyala. Beliau melihat ada sekumpulan manusia melintasi jambatan itu. Ada yg melintasinya bagaikan kilat dan ada yang merangkak dan ada yang terjatuh di dalam api yang marak di bawah. Ketika anak perempuanku bermimpi aku terdengar suara beliau yg menangis didalam tidur. Kesokkan hari, isteriku mendapati tilam anakku basah bagaikan disimbah dgn air. Peristiwa ini berlaku 3 malam berturut turut. Ketika beliau bercerita aku berfikir adakah ini Titian Sirat.
KISAH DI ALAM NYATA 1.
Aku pulang dari bekerja shift malam. Aku memandu sejauh 60km dari tempat kerja ke rumahku. Tiada ada apa yg aku fikirkan kecuali menahan mengantuk mencari bantal. Sampai sahaja dirumah, aku rehat sebentar dahulu di beranda rumah. Tiba2 aku rasa dadaku sebak menggila. Aku meraung menangis tersedu-sedu secara tiba-tiba. Macam anak kecil. Isteriku datang bertanya kepadaku jika aku ada masaalah di tempat kerja. Aku menidakkan..tetapi aku berkata……Tiba tiba aku rasa jiwa aku teramat rindukan MEKAH sedangkan aku belum pernah kesana. Selang beberapa minggu aku pergi bertanyakan seorang ustaz dan beliau menyuruhku mempelajari kitab Hikam…iaitu ILMU TASAUF.
KISAH DI ALAM NYATA 2.
Kisah ini diceritakan oleh Isteriku atas apa yg berlaku keatas dirinya di bulan Ramadhan. Tak dapat dipastikan puasa hari yg ke berapa. Ketika itu aku bekerja shift malam. Sesudah beliau mengerjakan solat Isya , beliau terlihat seuntaian cahaya terang memasukki bilik tidur kami melalui tingkap. Cahaya itu datang berbaris-baris dan membentuk barisan berbentuk manusia di dalam bilik kami. Mereka kemudiannya bersolat. Selesai bersolat, mereka kembali menjadi cahaya yg berbaris baris dan terus keluar dari bilik kami melalui tingkap.
Ketika isteri aku bercerita aku teringat sepotong ayat dari surah Al Fajr bagaimana Allah menceritakan malaikat berbaris-baris. Sedarlah aku betapa pentingnya berusaha mencapai ” Nafsu Mutmainnah”.
Semoga Allah sentiasa mengampun dan merahmati kita semua. Wallahualam.
Sumber:Tranungkite online
"
No comments:
Post a Comment