Sunday, August 25, 2013

Ayam penyek

Resipi Indonesia: Ayam Penyek

Kepopularitian masakan Indonesia biasanya banyak bergantung kepada Wilayah-Wilayah sangat terbentang luas. Dalam masakan Menu kantin, pengusaha kantin perlu ketahui asal-usul Wilayah Tenaga Kerja Indonesia. Resepi Indonesia kebanyakannya adalah asli yang punyai keharuman hidangan yang sangat istimewa tanpa saduran masakan barat atau India. Anda jangan terkejut pula kalau ke Medan terjumpa “Roti Canai” yang amat popular dikalangan rakyat Indonesia berketurunan India di Medan. Begitu juga masakan Cina amat popular dikalangan warga Indonesia berketurunan Cina. Mamak haji amat meminati masakan Indonesia kerana rasa keaslian dalam menggunakan rempah dan juga cara masakan yang unik. Suri rumah juga boleh juga mencuba resepi ini. Maka mamak haji telah kecilkan kuantiti masakan ini khas untuk anda semua.

RESEPI AYAM PENYEK:
Hidangan : 6 orang.

Jangan terkejut dengan resepi ini dengan perkataan “penyek” atau dalam bahasa kita, “Lenyek”. Ayam ini tak dilenyek atau dipenyek…hahaha!. Cuma namanya saja. Sebenarnya ayam ini lebih sesuai dibakar (grill) dalam ketuhar (oven) bersuhu tinggi 250 darjah celsius. Bagi mudah ia boleh juga digoreng di kuali leper tidak lekat (non-stickable pan) dengan kurangkan minyak atau lagi mudah boleh digoreng saja seperti ayam goreng biasa dengan menggunakan tepung beras. Masakan Ayam Penyek juga boleh digunakan dalam menu Nasi Ayam sekiranya ingin diperagamkan resepi Nasi Ayam. Nasi dan sup seperti biasa tetapi sos cili kita ubah menjadi sambal ayam penyet yang sangat lazat. Mamak Haji masukkan sekali resepi sambal ayam penyet ini untuk penggemar Nasi ayam. Kepada peniaga-peniaga nasi ayam boleh tambahkan resepi ini sebagai menu tambahan Dalam Jualan Nasi Ayam Hainan yang tersedia ada.

BAHAN-BAHAN:
6 ketul daging ayam. Gunakan sebelah atas peha ayam atau isi yang tebal. Kalau masak dan makan di rumah elok beli peha ayam penuh dan dibuang tulang seperti chicken chop. Bagi berniaga takat nak jual berharga dua atau tiga ringgit seketul, biarkan tulangnya. Ia nampak besar sedikit.

3 sudu besar (tbsp) santan pekat.

2 batang serai diketuk memanjang supaya masa gorengan ia akan terurai dan cantik dalam hidangan.

2 helai daun salam atau bay leaf tempatan. Boleh dapati di pasar malam atau pasar tani. Daun yang terlebih, keringkan dan simpan. Boleh digunakan untuk masakan akan datang. Daun Salam dalam masakan akan mewangi lauk kepada rasa kemanisan.

1 sudu besar serbuk ketumbar. serbuk ketumbar atau biji rempah boleh dibeli dikedai mamak, seringgit sudah perolehi banyak. Goreng kering dikuali sehingga keharumannya naik. biarkan dia sejuk dan kisar dalam pengisar kering (kecil) dan simpan serbuknya didalam bekas kedap udara. Kalau kita ada hobi masak, perlu ada serbuk-serbuk rempah yang buat sendiri seperti jintan manis, jintan putih, lada hitam, lada putih. Kalau disimpan dalam bekas kedap udara boleh digunakan berbulan-bulan lamanya. Rempah-rempah ini adalah asli dan sangat wangi dalam masakan dari berbedza dengan serbuk rempah yang dibeli dalam bungkusan yang biasanya dicampur dengan tepung beras dan rempah yang sangat berkualiti rendah (dasar perniagaan kaut untung). Serbuk rempah yang dibeli itu biasanya perlu digoreng semasa masakan atau pun perlu masukan dalam minyak panas semasa tumis, ini akan menyebabkan rempah ini mudah hangus dan berasa pahit. Untuk elakan ini, sediakan rempah yang telah digoreng kering dan kisar dan masukkan terus dalam masakan masakan.

1 sudu kecil (tsp) jintan putih. Ramai salah faham kenali jintan putih dan jintan manis. Jintan putih dalam bahasa Inggeris digelar “cummin seed”. Jintan Putih digelar “Fennel seed”. Gelaran jintan putih disebabkan ada “Jintan Hitam” atau disabdakan Nabi s.a.w ” ibu bagi segala ubat”, “Habastussauda”. Jintan Putih berbentuk halus dan Jintan manis gemok dan pendek. Jangan silap.

1 sudu besar gula merah. Gula pasir jangan digunakan dalam gorengan ia akan jadi Karbon bila digoereng menjadi hitam disebabkan bahan kimia dalam proses menjadikan gula pasir.

BAHAN UNTUK PERENCAH (KISAR ATAU TUMBUK).
5 ulas bawang putih telah dikopek kulit.
2 cili merah.
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas saiz ibu jari dihiris.
1 inci halia dihiris.
3 biji buah keras dihancurkan.

Nota: Anda perhatikan bahan-bahan yang digunakan kebiasaannya untuk membakar ayam dalam oven gunakan minyak masak dalam perencah tetapi resepi Indonesia ini gunakan buah keras atau buah kemiri. Buah kemiri punyai kandungan minyak yang sangat harum. Dengan sebab inilah mamak haji terpikat dengan resepi-resepi Indonesia yang asli.

CARA-CARA MEMASAK:
1. masukkan semua bahan-bahan di atas ia itu jintan putih, serbuk ketumbar yang telah disediakan, garam, santan, serai, gula merah bersama ketulan ayam peramkan sekurang-kurangnya 30 minit atau sebaiknya semalaman.

2. Sekiranya ingin gorengkan atau seperti grill di kuali pan, masukan minyak masak 1/4 dari paras ketulan ayam dengan api perlahan. Koyak-Koyakan daun salam dan taburkan diatas ketulan ayam. Hasil Grill yang baik ialah masa meletakan ketulan ayam itu menghadapakan permukaan tulang ayam permukaan bawah dan isinya Kulit) ke atas. Kuali perlu ditutup untuk wap memasak ketulan ayam. Bila agak masak, terbalikan ketulan ayam. Permukaan ayam yang isinya berkulit itu perlu hangus kehitaman sedikit. Permukaan ini hanya perlu masak sekali saja supaya kulit tidak melekat pada permukaan kuali dan tertanggal. Sekiranya anda rasa lambat cara ini , apabila kulit dan isi ayam mula bertukar keperangan, keluarkan ketulan ayam dari kuali dan masukkan dalam ketuhar (oven) yang telah dipanaskan 250 darjah celsius selama 10 – 15 minit.

3. Ayam penyet anda telah siap hidangkan bersama sambalnya.

RESEPI SAMBAL AYAM PENYEK:
BAHAN-BAHAN:
15 biji cili masak dibuang bijinya (300gm).
10 bji cili padi. Kalau nak pedas tambah saja.
10 biji bawang merah atau 3 bijji bawang labu, dihiris.
5 ulas bawang putih.
3 biji tomoto bersais besar dibelah enam.
1 inci belacan.
1 gengam ikan bilis.
3 sudu besar (tbsp) gula merah atau gula melaka.
Garam secukup rasa.
Minyak masak untuk goreng ikan bilis.

CARA-CARA MEMBUAT:
1. Panasakan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing dan asingkan. Dalam minyak yang sama goreng Belacan dan asingkan.

2. Masukkan Cili merah dan cili padi sehingga layu. Bila cili mula layu, masukkan hirisan bawang, hirisan bawang putih. Goreng sehinnga layu.

3. masukkan tomato dan goreng sehingga layu.

4. Angkat semua bahan-bahan goreng tadi, biarkan sejuk dan mula kisarkan semua bahan-bahan tadi dengan separuh halus.

5. keluarkan kisaran tadi dan masukan dalam kuali dan panaskan. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Jangan terlalu masak. sekali mendidih sudah memadai. Sambal anda sudah siap.
Selamat mencuba resepi ini. wassalam.


Sumber: FB mamak haji

No comments: