Petua Untuk Membina Keyakinan Berniaga
1. Jelas dengan tujuan menjadi usahawan. Matlamat perlu jelas dan terang. Tak kisah samada anda mahu jadi jutawan, mahu jadi taikun hartanah, mahu jadi juara trading, mahu jadi jutawan senyap, atau mahu membina empayar jenama anda sendiri atau apa-apa sahaja. Yang pentingnya ia perlu jelas sejelas kristal.
2. Terima kenyataan bahawa semua yang anda akan lakukan adalah satu proses. Menjadi orang yang lebih baik daripada apa yang anda ada sekarang merupakan satu proses. Tak ada orang hari ini mula berniaga, keesokan harinya terus pandai dan berjaya. Bersedialah menghadapi laluan proses yang naik dan turun, tenang dan ribut dan berbagai rencam lagi. Fokus untuk belajar dari apa saja yang bakal dilalui sehingga matlamat tercapai.
3. Bakar jambatan. Ingat bahawa sekali anda merentasi jambatan ke seberang sana, jambatan tersebut perlulah dibakar untuk diri anda. Tiada lagi 'patah balik', buang perkataan itu terus daripada kamus. Pandang ke depan dan berikan tumpuan pada matlamat.
4. Tetapkan matlamat yang berpadanan. Matlamat mesti sesuai dan mampu untuk dilaksanakan berdasarkan apa yang anda rasa logik. Memang tidak mustahil untuk sasarkan kejayaan mengalahkan Ananda Krishnan, tetapi kalahkan terlebih dulu taukeh kedai runcit di kampung anda.
5. Jangkakan cemuhan. Terima kenyataan bukan semua orang akan terima kita dan apa yang akan kita buat. Malah jumlah mereka yang menghina atau menolak jauh lebih besar daripada yang menerima baik usaha kita.
6. Korbankan ego diri anda seadanya. banyak orang akan berkata, aku memang begitu atau begini, memang semua orang kata begitu dan mustahil untuk berubah. Manusia sentiasa boleh berubah asalkan ada usaha. Malah perwatakan, sifat dan lain-lain lagi mampu diubah dengan usaha dan keazaman. Sesuaikan diri dengan keadaan dan sanggup berubah perlu untuk menempa kejayaan.
No comments:
Post a Comment