Tips-Tips: Penyediaan Ayam Goreng Yang Ranggup.
Kadang-kala kita bingung tentang resepi ayam goreng ini yang ada berbagai-bagai jenis resepi dan kaedah goreng. Ramai di antara kita dengan bangga mengakui resepi kita adalah resepi rahsia yang terbaik. Cara penyediaan tepung untuk goreng pula disediakan berbagai cara, seperti ada yang rendam dalam susu butter (butter milk) ketulan ayam diperap semalaman dengan susu butter (butter Milk) dan ada juga dengan yogurt, sour krim dan tidak ketinggalan diadunkan dengan aroma rempah ketimuran bawang putih, halia atau bahan rempah dan juga barat.
Ada juga resepi penyediaan tepung ayam gorengan (batter) dengan bahan-bahan yang haram untuk orang Islam seperti menggunakan minuman beralkohol Bir atau bahan berunsurkan alkohol untuk mendapatkan keputusan gorengan yang terbaik. Apa yang anda perlu ingat tentang semasa gorengan ayam ialah: Dalam menyediakan apa jua resepi ayam goreng, faktor paling utama ialah “Suhu Minyak” untuk gorengan dan juga langkah-langkah yang betul semasa goreng ayam itu. Mamak pernah menulis diblog ini tentang resepi berjudul, “Ayam Goreng Berempah Mamak Penang“. Ramai di antara pengunjung email menyatakan, keputusan ayam goreng resepi Mamak tidak sama seperti Ayam Goreng yang dijual Restoren Nasi kandar. Di sini mamak nak terangkan Ayam Goreng KFC yang di gelar,” sehingga menjilat jari”, tak sama dengan ayam goreng McD dan ayam goreng McD pula tak sama dengan ayam goreng si Kenny. Pendek kata setiap resepi ayam goreng yang berkualiti tidak sama bentuk fizikal atau pun rasanya.
Maka apa yang kita perlu fahami ialah asas gorengan bersuhu panas atau “deep Frying“. Tentang minyak gorengan, Mamak telah pun terangkan panjang lebar dalam tulisan yang lepas bertajuk “cara jimatkan minyak masak”. Suka juga mamak ingatkan dari cari resepi popular orang lain, biar reka resepi anda sendiri dan popularkan resepi anda. Resepi ini kelak akan menjadi Resepi Ayam Goreng Keluarga….
TIP UNTUK AYAM GORENG BERSELAPUT HABUK ROTI/ BREAD CRUMB.
1. Sekiranya ingin goreng ketulan ayam di selaputi Habuk Roti (bread crumb) tentukan ketulan ayam anda terlebih dulu perlu direndamkan dalam susu butter atau susu cair sejat. Adunkan dengan 1 biji telur (ikut anggaran) dalam adunan .
2. Semasa penyalutan bread crumb, isikan bread crumb ke dalam beg plastik. Masukkan bread crumb dalam beg plastik kemudian masukan ketulan ayam anda ingin menyaluti.
3. Untuk mendapatkan hasil gorengan ayam goreng bread crumb terbaik, ketulan ayam yang diselaput itu perlu di dimasukan dalam peti sejuk bahagian pembekuan tanpa dibungkus selama 30 hingga 60 minit sebelum digoreng.
TIP UNTUK MENYEDIAKAN RESEPI AYAM GORENG KENTUCKY FRIED CHICKEN YANG LEBIH RANGUP :
1. Kita boleh ciplak resepi-resepi dari restoren masakan tekenal kepada resepi yang lebih lazat dan garing di dapur rumah anda. Biasanya ramai di antara kita bangga dengan hasil resepi mereka sekan sama dengan ayam goreng KFC. Sebenarnya bila anda lakukan ciplak resepi orang lain, apa yang anda harus hasilkan ialah satu resepi yang lebih baik daripada resepi ciplak itu sendiri. Maka ujian demi ujian perlu dilakukan untuk dapatkan keputusan yang terbaik. Ini sama juga resepi-resepi yang Mamak tulis diblog ini sebab itu. Mamak halakan dunia akhirat segala ilmu ini diciplak oleh penggemar nasi kandar. Tidak perlu mohon kebenaran. Blog ini adalah untuk anda semua buat apa Mamak nak buat harta dengan Ilmu dan Ilham yang dikurniakan Allah SWT. Matlamat Mamak bukan mencari duit melalui blog ini atau cari publisiti murahan. Tetapi mamak minta kat orang Islam janganlah guna blog Mamak untuk re-direct ke web-site cari makan anda . Ia satu perbuatan yang zalim pada pembaca. Ingat!, rezeki perlu dicari sendiri bukan dengan kaedah mudah dengan titik peluh orang lain. Allah tak akan restui hasil usaha kita dengan kaedah cara penipuan. Carilah Hidup yang Tenang bukan Hidup yang senang. Hidup ini bukan berkekalan didunia ini tetapi akhirat juga kekal..maka ingatlah dunia kita yang tidak ada kematian itu…OK …hehehe!. Mamk mula dah melalut. Mai kita sambung balik….
2. Ketulan ayam yang bersaiz yang dikehendaki boleh dibeli di pasaraya-pasaraya. Tetapi daging ayam dipasaraya adalah kebanyakannya ialah ayam yang telah sejuk dan dibekukan. Kadangkala entah berapa kali ia di bekukan dan dicairka ais nya mungkin tidak pasti, ini mneyebabkan texture dagingnya rosak dan kadangkala beracun. Suhu penyimpanan di ruang pamiran daging ayam tidak begitu diendahkan dan yang Mamak tak faham bagaimana daging ayam ini tidak berbau berjam-jam tanpa suhu sejuk yang diperlukan untuk mengekalkan kesegaran ayam itu. Mungkin betul juga sesetengah pihak mengatakan daging ayam sekarang direndamkan dalam bahan kimia pengawet untuk mayat. Allahuwallam. Kita makan untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita dan keluarga maka semolek-moleknya belilah ayam segar di pasar-pasar pagi untuk mendapatkan kesegaran daging ayam dan juga untuk menaga kesihatan keluarga atau pun pelanggan. Walau pun ia mahal sedikit dari daging ayam yang dijual pasaraya-pasaraya terbesar tetapi kita mendapat faedah yang banyak. Kalau beli di pasar harian anda boleh memileh ayam yang berat 1.8kg – 2.0kg dipotong 8 atau 10 bahagian. Tukang pemotong ayam itu tahu apa yang anda maksudkan. Kalau ada masa baca posting Mamak bertajuk “cara menyimpan ayam” diblog ini. Ketulan ayam yang telah beli itu perlu dibersihkan dari lemak yang berlebihan.
3. Sediakan bahan salutan: 1 cawan susu krim dan masukkan sebutir telur. Pukul rata. Telur adalah pelekat yang baik untuk salutan seterusnya. Telur juga digunakan melekatkan tepung popia setelah diisi inti supaya popia anda tidak terbuka semasa goreng nanti. dari gunak gam tepung gunakan putih telur sebagai pelekat pada kulit popia yang telah diisi inti. Tip buat popia …hahaha?.
4. Sediakan bahan kering (tepung) untuk salutan. Bahan salutan untuk ayam KFC resepi original ini ialah 1 1/2 cawan tepung gandum dicelur tepung biasanya (kering) dengan kadaran 1 1/2 cawan tepung jagung untuk ranggup. Sekiranya anda ingin keras sedikit ranggupan untuk tahan lama tanpa kawalan suhu tambahkan satu sudu besar tepung beras atau tepung ubi. Jangan lupa masukkan 1/2 sudu serbuk penaik (baking powder). Baking powder punyai cara tersendiri untuk mengaringkan ketulan ayam anda. Masukkan perencah ke dalam tepung tersebut seperti berikut: 2 sudu kecil (tsp) garam, 1/2 tsp serbuk cili, 1 tsp serbuk bawang, 1 tsp serbuk bawang putih dan anda juga boleh mencuba rahsia resepi KFC original yang lama seperti berikut : 2 cup tepung gandum biasa, 1/2 sudu baking powder, 2 cup tepung jagung, perencahnya: 1/2 tsp thyme, 1/2 tsp oregano, 4 tbsp paprika, 1 tbsp serbuk halba (mustard), 1 tbsp serbuk lada hitam, 2 tsp garam bawang putih dan 1 tbsp garam celery ( 8 ketul ayam), 6-8 cup minyak masak, 2 butir telur yang dipukul untuk salutan awal sebelum diadunkan dgn tepung. Suhu gorengan 315 F. Masa 10-15 minit.
4. Sekiranya anda ingin keranggupan yang lebih, buat salutan dua kali. Ulangi celur dalam telur yang telah dipukul kemudian tepung kering. Sekiranya anda ingin resepi gorengan Mamak Nasi kandar, ketulan ayam perlu di peram dengan bawang putih, halia, bawang dikisar dan juga serbuk kari dan daun kari yang dihiris. Masukan telur yang telah dipukul sebelum celur dalam tepung yang telah dicairkan dengan air. Tentang kelikatan adunan tepung terpulang pada anda. Ketebalan salutan terletak pada adunan tepung.yang ditambah serbuk kunyit untuk kekeningan. Mamak tak pakai baking powder tetapi gunakan sedikit kapur makan. Tapi awas kegunaa kapur makan kerana ia memerlukan pengalaman. keputusannya sama dengan Baking Powder. Mamak suka buat adunan tepung beras dan tepung gandum kerana ia lebih tahan lama dalam keadaan sejuk.
Selamat mencuba. “Practice Make Perfect”. Apa pun kena cuba dulu. Catitkan resepi yang anda cuba setiap kali. Mamak Haji harap anda ketemukan resepi rahsia ayam goreng anda sendiri. Dalam mempelajari seni kulnari ini tak boleh “give-up”. Sentiasa cuba untuk dapatkan resepi yang baru. Insyallah sekiranya ada yang kurang faham tulisan mamak yang bertabur ini, sila e-mailkan pada Mamak: mohd.roslan99@gmail.com pasti mamak akan jawap setiap e-mail. Kalau tak jawap itu bermakna mamak terlupa ( umuq dah lanjut memang macam itu) sila hantaq lagi. Jangan kecil hati nooo.
D5 biasanya gorengan bersalut perlu gunakan putih telur jadikan gam untuk tepung berempah yg ingin disalutkan...ayam kfc isi ayam terasa rempah dan sedap kerana menggunakan mesin pengadun rempah yg khas dimana.diputarkan selama dua jam..dlm keadaan hampa gas atau vaccum. supaya pati rempah masuk dlm isi ayam..itu cara khas meeka, utk salut tepung biasa..ayam yg telah peram bersama telur dimasukan dlm bag plastik yg mengandungi tepung dan digoncang..kalau nak tebal..celum dlm putih telur salut kali kedua dan goreng.
No comments:
Post a Comment