Laksa Penang
BAHAN-BAHAN:
2 liter air.
1 kg ikan kembong (temenung).
1 kg laksa basah atau mee laksa (kering).
50 gm asam keping (gelugur) atau 5 keping.
100 gm asam jawa diperah dan ditapis airnya.
1 kutum bunga kantan dibelah dua.
2 sudu pes udang tak dimestikan- pilihan antara belacan bakar.
100 gm daum kesum / cenohom. (secekak)
garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa.
BAHAN KISARAN (PES):
15 tangkai cili kering dibuang biji. (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus.
1 ulas bawang putih.
150 gm bawang besar – dibersihkan kulit dan potong empat.
2 cm keratan lengkuas
2 cm kunyit hidup
3 batang serai dihiris halus.
2 cm belacan bakar.
Kisar sehingga jadikan pes. Semasa mengisar jangan menggunakan air yang banyak. Tentukan kisaran anda menjadi pes. Sekiranya tak cekap gunakan pengisar elok gunakan batu lesong.
BAHAN HIASAN:
6 tangkai daun pudina. – dihiris.
1/2 biji nenas – dihiris.
2 biji cili merah – dihiris.
1 biji timun – dihiris.
3 biji limau nipis dipotong sipi untuk menambah kemasaman.
1 labu bawang besar – dihiris halus.
1/2 kuntum bunga kantan – dihiris halus.
1 pokok daun salad – dihiris halus.
4 biji telur masak - dibelah dua.
1. Didihkan air masukan ikan kembong dan rebus hingga masak. Keluarkan ikan masak dan ambil isinya dan buang tulang dan kepala . Isi perlu ditumbuk atau di kisar halus.
2. Air rebusan ikan tadi ditapis dan disimpan untuk membuat kuahnya.
3. Masukan air dalam sebuah periok bersama dengan isi ikan, bunga kantan, daun kesum, asam keping, garam, gula dan perasa makanan dan panaskan sehingga 10-15 minit bila airnya mula mendidih masukkan pes kisaran dan air asam jawa. Kecilkan api kecil untuk mendidihkan kuah. sekiranya pekat tambahkan sedikit air.
4. Anda boleh keluarkan daun kesum atau bunga kantan dari kuah tersebut. Secara biasa memang tak keluarkan daun kesum dan bunga kantan, cuma diceduk kuahnya dalam bekas yang berasingan. Sekiaranya anda ingin tambahkan pes udang masukkan dua sudu dalam kuah yang sedang mendidih. Sekiranya tidak mahu rasa pes udang yang kuat aroma gunakan belacan bakar.
5. Hias hidangan laksa anda atau biarkan dihidangkan di bekas hidangan untuk tetamu memilihnya.
Sumber:FB mamak haji
No comments:
Post a Comment