Tuesday, November 11, 2014

RESEPI AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH oleh mamak haji

*** kalau nak makan boleh pi cari kat kedai mamak di Penang..Kat negeri lain tak pasti...

RESEPI AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH.
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam dibersihkan dipotong 12 bahagian.
- 5 Bawang Merah labu dihiris dan digoreng.
- 2 sudu besar serbuk Cili (ikut kepedasan mula dgn 1 sudu besar).
- 1 sudu besar Serbuk Jintan Manis.
- 1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih.
- 2 sudu besar Rempah Kari (daging).
- 1 sudu kecil serbuk kas-kas - tidak kemestian.
- 2 sudu besar Sos Tiram.
- 2 sudu besar Sos Cili.
- 1 sudu besar sos Tomato.
- 2 sudu besar pes bawang putih-halia.
- 1 sudu kecil serbuk garam masala.
- 2 btg kayu manis, 7 kuntum cengkih, 5 biji buah pelaga, 3 bunga lawang.
- 1 helai daun pandan dipotong 4 inci panjang.
- 1 sudu besar gula.
- 2-3 tangkai daun kari.
- Garam secukup rasa.
- Cili merah dan pudina / daun ketumbar (hiasan).
CARA-CARA:
1. kupas bawang merah labu, hiris halus dan goreng. Bila warna bawang bertukar kepada warna perang keluarkan dari kuali dan sejukkan. Bawang goreng tak perlu ranggup agak kering sudah memadai. Minyak bekas gorengan di simpan untuk menumis rempah.
2. Ketulan ayam telah dibasuh, masukkan garam dan serbuk kunyit. Ketulan ayam yang digoreng jangan terlalu garing. Gorengan perlu 3/4 masak kerana 1/4 lagi akan masak semasa masak dengan campuran kah rempah. Selepas goreng asingkan.
3. Panaskan kuali, dan masukkan minyak gorengan bawang. Bila minyak panas masukkan rempah empat serangkai. Masukkan pes halia bawang putih. Bila haruman naik kecilkan api dapur dan masukkan kesemua rempah-rempah di atas (tidak termasuk sos tiram, sos cili dan tomato) dan juga daun kari. Tentukan rempah tidak hangus. Goreng selama 1-2 minit sudah memadai. Bila rempah mula mengeluarkan aromanya, masukan sedikit air/stok ayam (ikut kuah yang anda perlukan). Bila air bersama rempah mula didih, masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato.
4. Masih api dapur keadaan kecil, masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan semua ketulan ayam yang telah goreng tadi ke dalam adunan rempah. Kacau rata untuk kuah rempah bersalut pada ayam goreng. Masukkan bawang yang telah goreng dan sebatikan pada ketulan ayam. Biarkan ayam masak 1/4 bahagian lagi. Ia cuma memerlukan sekitar 10-15 minit saja dengan api yang kecil. Masakan ini dlm keadaan reneh (simmering).
5. Keluarkan dan hidangkan dengan taburkan cili merah yang dihiris dan juga bawang goreng di atas hidangan anda.

No comments: