Sunday, November 24, 2013

Resipi jeruk limau nipis /acar masam manis ala mamak-- mamak haji

RESEPI JERUK LIMAU NIPIS / ACAR MASAM MANIS 'ALA MAMAK:
BAHAN-BAHAN:
- 800gm (15-20 biji) limau nipis yang berkulit kuning.
- 3/4 sudu kecil serbuk kunyit.
- 2 sudu kecil serbuk cili.
- 1 sudu kecil biji jintan putih.
- 1/2 kecil serbuk Asafoetida.
- 2 sudu besar halia parut.
- 150 gm garam.
- 2 cawan gula pasir.
- 1/2 sudu kecil halba.
- 1/2 kecil biji sawi.
CARA-CARA:
1. Basuh dan lapa kering limau nipis. Pastikan permukaan kulit limau kering.
2. Potong limau dan jadikan lapan bagian. Buang bijinya utk elakan rasa pahit.
3. Masukkan biji jintan manis, biji halba dan biji sawi..sagai sampai berwarna kuningan. Sejukkan dan kisar jadikan serbuk.
4. Adunkan garam, serbuk kunyit, asafoetida dan 2 sudu jus perahan limau dan juga serbuk rempah yang telah tadi dengan potongan limau.
5. Masukkan dalam botol dan simpan selama 1 bulan. Setiap hari kacau limau yg diperam supaya segala rempah di adun dgn baik.
6. Selepas lebih kurang sebulan, apabila kulit limau menjadi lembut dan lut sinar adun dgn gula dan halia yang telah parut. Acar ini boleh tahan sehingga setahun. Selamat mencuba.

No comments: