Thursday, November 28, 2013

INTI KACANG MERAH MANIS.

RESEPI UNTUK INTI PAU LEMBUT - INTI KACANG MERAH MANIS.

Bahan-Bahan:
- 1 1/2 cawan kacang merah dibasuh bersih dan rendamkan semalaman.
- 4 cawan air.
- 1/2 cawan majerin (kelapa sawit) haq yang murah cukup.
1 cawan gula pasir.

Cara-Cara Menyediakan:

1. Rebus kacang dengan api dapur yang keras sehingga ia mendidih. Selepas mendidih kurang api dapur sederhana dan masak lebih kurang 40 - 50 minit sehingga kacang hancur.
2. Tapis airnya dari kacang merah, kisar kacang dalam blender. Keluarkan dan perah air dengan kain bersih sehingga agak kering.
3. Masukkan gula dan majerin dalam kuali dan panaskan dengan api dapur yang perlahan. Jangan api kuat nanti hangus pulak semua.
4. Kacau selalu sehingga kacang anda bentuk pes yang pekat. Itu je lah..inti anda telah siap. Kalu lebih simpan di peti sejuk untuk kegunaan akan datang.

No comments: