Thursday, November 28, 2013

RESEPI AYAM BALI / AYAM BUMBU BALI

RESEPI AYAM BALI / AYAM BUMBU BALI"
Bahan-Bahan Perlukan:
1 ekor ayam potong 16 bahagian.
3 helai daun limau purut dibuang urat daun tengah.
3 biji tomato dipotong 8 bahagian.
2 sudu kicap manis ABC.
1 inci lengkuas dicincang halus.
2 helai daun salam Indonesia.
2 sudu besar air limau nipis / lemon.
1 sudu besar gula melaka.
1 sudu besar jus asam jawa.
2 kiub pati ayam / 1 liter air stok ayam.

Bahan-Bahan Untuk sambal dikisar halus:
10 tangkai cili merah dibuang biji.
5 tangkai cili api
1 keping belacan bakar bersaiz 1" X 1".
3 butir buah keras.
5 ulas bawang putih.
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan ayam dan lumurkan sedikit garam dan jus lemon. Peram sekurang-kurang 30 minit.
2. Goreng daging ayam setengah masak.
3. Tumis bahan kisaran sehingga naik minyak.
4. Masukkan lengkuas, daun salam, daun limau purut, tomato dan kicap manis. Masukkan juga gula melaka dan juga air asam. Sekiranya pekat sangat masukkan air stok ayam atau 2 kiub stok ayam bersama 1 liter air atau sukatan air untuk kepekatan yang anda perlukan.
5. Perlahankan api dapur, masukkan ketulan ayam. Tutup tudung bekas masak. Biarkan ayam masak separuh lagi. Apabila ayam telah secukup masak tutup api dapur. Keluarkan ayam dan hidangkan

No comments: