Tuesday, September 24, 2013

RESEPI MEE SIAM BERKUAH SANTAN


RESEPI MEE SIAM BERKUAH SANTAN
Bahan-Bahannya
1 bungkus mee hoon (rendam sebentar dgn air hangat/panas hingga lembut, toskan)
100 gram taugeh dibersihkan (buang dibawahnya)
Bahan-Bahan Untuk perencah Mee
Bahan-bahan dikisar:-
200 gram lada kering digunting-gunting kecil lalu direndam dengan air panas lalu ditoskan
15 biji bawang merah
8 ulas bawang putih
200 gram udang kering direndam
1 /2 kg Udang segar sederhana saiznya – bersihkan , kupas kulitnya dan tinggalkan ekor sahaja lalu digoreng embal.
(Ambil kulit udang tadi direbus dan jadikan stok udang - 4 cawan air stoknya)
1 cawan stok udang
minyak utk menumis
Garam secukup rasa
Cara-Cara membuatnya:-
1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing. Bubuhkan garam secukup rasa. Keluarkan setengah bahagian rencah ini untuk dibuat kuahnya.
2) Seterusnya masukkan mee hoon masukkan air 1 cawan stok udang dan biarkan ia masak seketika.Lalu masukkkan udang yang telah digoreng dan digaul sehingga rata dan masak.
Akhirnya masukkan taugeh dan daun kucai dan digaul sebentar dan matikan apinya
Bahan-Bahan Untuk Kuah
½ bahagian rencah mee siam
2 biji bawang besar dihiris
1 batang serai dititik
3 cawan stok udang
1 / 2 dari 1 botol tauco (sebahagian dilecek halus, yg lain dibiarkan kasar2)
air asam jawa secukup rasa
1 mangkuk santan pekat dan 2mangkuk santan cair dari 1biji kelapa
Garam dan gula secukup rasa
1 / 2 kg kacang tanah (disangai, buang kulit & tumbuk kasar)
Cara Membuat Kuah
Panaskan kuali dan masukkan hirisan bawang besar dan serai dan tauco biarkan hingga naik bau lalu masukkan setengah lagi rencah mee siam.Masukkan santan cair dan biarkan mendidih. Lalu masukkan kacang tumbuk , santan pekat dan air asam secukup rasa dengan api yang sederhana. Kacau sebentar dan masukkan gula dan garam secukup rasa…(Kuah mee siam rasanya manis, lemak ,masam dan masin sedikit)Panaskan kuahnya ketika hidang menghidang.
Bahan Taburan/Sampingan
10 biji telur rebus
2 keping tahu (dipotong dadu & digoreng)
daun kucai (dihiris)
limau kasturi (dibelah dua)
sambal tumis
bawang goreng
Sambal Tumis
1 cawan pes cili kering kisar
10 biji bawang merah
sedikit belacan } ….. semua bahan dikisar
1 sudu makan air asam
garam dan gula secukup rasa
minyak secukupnya utk menumis
Cara-cara memasaknya:-
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar (cili kering, bawang merah & belacan) sehingga garing. Masukkan gula, garam dan air asam. Kacau sebentar lagi dan biarkan ia masak .
Cara Menghidangkan Mee Siam Berkuah:
Masukkan mee ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah yang sedang dipanaskan dan taburkanlah ke atasnya tahu, daun kucai, bawang goreng ,telur rebus dan limau kasturi. Akhir sekali bubuh sedikit sambal tumis. Lalu dihidangkan.Selamat mencoba ya…

No comments: