Petua Tradisional Untuk Merawat Batu Karang
Pilihan 1: Ambil birah hitam (Alocasia denudata), jerangau lumat-lumat, gelek dan telan selama 3 pagi.
Pilihan 2: Ambil buah belimbing keris (Averrhoa bilimbi) kulitnya, daun, bunga dan akarnya. Pipis lumat-lumat dan campurkan dengan pati santan. Bubuh dalam mangkuk sebanyak 3 ruas jari telunjuk dan minum.
Pilihan 3: Ambil seduayah (Woodfordia fruticosa), buah pala (Myristica fragrans) dan akar beluntas (Puchea indica). Pipis lumat-lumat dan seterusnya masukkan ke dalam nyiur yang hingusan. Selepas itu tutup dengan tanah liat dan bakar. Kemudian minum airnya dan makan isinya.
NOTA: Dalam buku warisan Ubat Farmakopia Melayu oleh Hj. Hassan Abdul Ghani, Singapura, ada tersebut beberapa lagi herba dari hutan kayu kayan negara kita yang boleh digunakan seperti Penggaga Embun (Hydrocotyle sibthorpioides) untuk merawat batu hempedu; dan untuk batu karang di buah pinggang dan saluran kencing.
Bahan herba ialah seperti calincing (Oxalis Corniculata) jali-jali (Coix lachryma - jobi atu Job's tear); Jarong (Achyranthes aspera); kasturi (Abelmoschus moschatus); Pecut kuda (Stachytapheta jamaicensis).
Memang benar, zaman berubah, tetapi ada nasihat orang tua dulu-dulu yang masih berguna. Antaranya ialah jangan suka menahan kencing kerana ia boleh menyebabkan batu karang. Walaupun tiada bukti saintifik yang boleh menyokongnya, ia tidak boleh dipandang ringan kerana nasihat ini banyak manfaatnya.
No comments:
Post a Comment