Petua Kesihatan Untuk Semua
1. Mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda.
2. Mandi awal pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya 1 jam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul.
3. Rasulullah s.a.w. mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Amalan ini boleh menjauhkan dari pelbagai penyakit.
4. Semasa solat subuh kita disunatkan bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migraine. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
5. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan, maka terjadi tindakan balas biokimia yang terhasil. Ia boleh boleh merosakkan usus kita.
No comments:
Post a Comment