Manfaat daun pandan
Manfaat daun pandan
Biasanya kita guna daun pandan sebagai pewarna dan perisa kuih muih dan juga untuk mengharumkan masakan.Tapi yang menarik dan mencetus saya untuk menulis tentang manfaat daun pandan ni, ialah baru2 ni sebelum raya, saya ada terbaca daun pandan ni boleh merawat kelemumur. Masalah kelemumur memang sukar diatasi. Banyak syampu yang dijual di pasaran gagal merawat kelemumur, cuma memberi kelegaan sementara! Cuba lah, petua di bawah ni, mungkin ia berkesan!!
Caranya; Ambil beberapa helai daun pandan, tumbuk hingga lumat dan campur sedikit air, perah dan tapis ambil jus. Sapu jus pandan ke kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa tanpa menggunakan syampu.Ramai berpandapat daun pandan ni boleh merawat penyakit gout. kalaulah tiap2 bulan kena makan ubat tahan sakit atau dah cuba pelbagai cara mengubati penyakit ni, masih juga tak sembuh, apa kata cuba pula petua ni,
Ambil 5 helai daun pandan + 2 litre air, rebus sehingga mendidih. Bila dah sejuk boleh lah minum, 3 kali sehari. Selepas lima hari checklah paras uric acid. Kalau dah turun bolehlah kurangkan jumlah daun pandan untuk direbus.
Semoga petua untuk gout ini dapat membantu…
sumber:
Curing gout with pandan leaves
No comments:
Post a Comment