= Resepi Donut Kentang =
istimewa dari Abg Mamak Haji..
RESEPI: DONAT KENTANG:
"Doughnut" atau pun disebut "Donat" adalah sejenis makanan ringan yang amat digemari oleh semua golongan di Malaysia. Sekian lama Mamak Haji menceburi dalam bidang penyediaan makanan tetapi mamak haji masih ingin nak betulkan resepi donat ini untuk dapatkan hasil yg terbaik. Boleh katakan mamak haji dah cuba berbagai cara dan resepi sehingga kini. Setiap kali ada pembaharuan, pasti cuba. Resepi yg mamak haji sebutkan, jgn salah faham pulak..ia bukan resepi yg boleh kita jual donat seperti dunkin donat atau big apple yg dijual sgt mahal. Resepi yg mamak haji cari yg boleh jual donat tiga kupang atau empat kupang yg jadi makanan untuk org biasa. Resepi orang kaya mamak haji tak minat. Masih lagi tercari-cari resepi yg terbaik maka itulah sebab pantang orang keluar resepi baru pasal donat ini pasti mamak haji akan cuba. Rahsia membuat donat ini mengikut selera orang Malaysia dgn harga murah bkn senang. Masalah utama dlm resepi donat ialah bila makan panas-panas ia memang lembut, bila sejuk ia jadi keras atau liat mcm tayar kereta. Inilah masalah besar dlm buat donat. Dlm banyak-banyak resepi mamak haji terjumpa kegunaan kentang dlm Resepi donat ini amat bersesuain lembut setiap masa..dan tak berperasa kentang langsung..mudah dan jimat kos..cuba resepi ini tanpa sebarang keraguan...dan sesiapa sahabat yg buat donat kentang ini tlg poskan gambar kat wall mamak haji.
Bahan-Bahan:
5 - 6 Cawan Tepung Gandum Rendah Gluten/ biasa.
1 paket Yis segera kering (Mauripan) 11 gm.
1/4 cawan Majerin / vegetable shortening .
1/4 cawan Gula Pasir.
2 butir telur.
3/4 kentang lenyek (rebus 3 biji kentang, kupas kulit dan lenyek).
1 sudu kecil (tsp) garam.
2 sudu besar susu pekat manis dibancuh dalam 1 cawan air suam/ gunakan susu penuh cream.
1/4 cawan air suam (jangan panas).
Cara-cara:
1. Cairkan yis dalam 1/4 air suam dan masukkan gula. Biarkan selama 10 minit untuk yis bertindak balas. Masukan pula susu/dibancuh 1 cawan, di ikuti dgn majerin,kentang lenyek, telur dan garam. Sebatikan campuran ini.
2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit kedalam campuran di atas sehingga jadikan doh lembut dan uli sehingga permukaan doh menjadi licin.
3. Masukan doh tadi dalam sebuah bekas telah disapu majerin sedikit yg boleh menampong dua kali ganda size doh. Terbalikan doh tadi dan sapu majerin dipermukaan atas pula. Tutup doh. Biarkan doh itu letakan ditempat agak panas selama 1-2 jam atau menjadi saiz 2 kali ganda.
4. Keluarkan dan Canaikan adunan doh tadi menjadi tebal 1" . Potong dengan alat pemotong donat bersaiz 8. Letakan adunan yang telah dipotong di dulang yang ditaburkan dengan tepung (supaya tidak melekat). Biarkan kepingan donat yang telah dipotong berada di tempat yang sedikit panas (untuk tindakan Yis ) 10 - 15 minit.
5. Goreng adunan donat dalam minyak yang sederhana panas (160 - 185 C) dalam 15 minit donat anad boleh masak sempurna. Biarkan ia sejuk sebentar sebelum masukan dlm Glaze
Tambahan: Cara buat Glaze Donut (Dunkin Donat).
Bahan yang diperlukan:
- 500gm gula icing/ kisar gula pasir sehingga halus.
- 6 sudu besat (tbsp) air.
- 1 sudu besar vanila.
Penyediaan Glaz Gula/ Sirap Gula:
Dengan api yang kecil masukkan 6 tbsp air dan gula icing. Apabila gula telah sedia larut dan masak. Api dapur perlu dijaga supaya air sirap anda tidak hangus. Matikan api dapur. Masukkan donut anda kedalam sirap gula dan segera keluarkan. ( sekiranya lama, donut anda akan diserap terlalu banyak gula). Biarkan donat anda sejuk. Sedia untuk dihidang.

No comments:
Post a Comment