Friday, September 27, 2013

Petua Untuk Mengeluarkan Saka dalam Tubuh

Petua Untuk Mengeluarkan Saka dalam Tubuh 

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.

Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.

a. Ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah berikut. Ia mesti dilakukan di waktu sesudah mendirikan solat subuh.

1. Surah Al-Fatihah (Ayat 1-7)
2. Surah Al-Baqarah (Ayat 255)
3. Surah Al-Insyirah (Ayat 1-8)

b. Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila anda minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia akan menjadi darah daging anda. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu kerana proses ini memakan masa yang lama. Jin (saka) yang berada di dalam tubuh anda akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t.

c. Setelah anda minum air tersebut berterusan, anda dapat merasakan seluruh anggota akan menjadi pija (panas) terutama di bahagin tengkuk, kerana di situlah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh anda. Itulah kemujarabannya.

No comments: