Thursday, August 22, 2013

mamak haji

Salam, Mamak Haji telah posting resepi Nasi Dalca yang boleh dianggap yang asli, tetapi untuk perniagaan kita bukan saja semata-mata bergantung pada nasi tetapi lauk juga memainkan peranan utama untuk keuntungan. Pelangan tidak akan mengeluarkan wang cuma untuk menikamati nasi kosong. Beras basmathi yang digunakan dalam resepi yang lepas ini mahal dan cara masakan perlu teliti kerana kacang dal dan nasi perlukan dua keadaan masa masak yang berlainan. Kacang dal juga dalam masakan di negara ini bukanlah pilihan bagi orang Melayu atau orang Cina. Dengan itu mamak haji permudahkan resepi nasi dalca untuk masakan untuk perniagaan. Resepi Nasi Dalca ini mamak haji telah pun cuba di bazar ramadan yang lepas dan sambutan amat menggalakan kerana bukan saja harganya cuma RM4.50 dengan nasi, ayam masakan pilihan dengan acar timun dan dalca sayur. dan juga Keuntungan juga amat mengalakan. Kiraan mamak haji Nasi dalca RM1.00 + ayam pilihan seperti ayam masak ros, ayam kicap berempah atau ayam masak bawang cuma RM2.50 dan kerabu timun RM0.50 dan Dalca Sayur RM0.50. Maka harga menu ini cuma RM4.50 satu set. Murah dan sangat lazat.

No comments: