Assalamualaikum...Alhamdulillah segala puji-pujian Tuhan sekalian alam....Masih ragu-ragu dengan kuey tiaw yang ada dipasaran? yang banyak dimonopoli oleh non muslim...JOM BUAT SENDIRI...Insyaallah ianya Halal..Suci dan Bersih dan semestinya putih...
Sebelum mulakan bacalah Bismillah..insyaallah menjadi punya..dan rasanya pun sebijik dipasaran dan tak putus...cuma saya tambahkan 1 biji lagi putih telor supaya lebih kenyal
Barakallahu fik pada blogger http://dapurnmurni.blogspot.com/ kerana sudi berkongsi ilmu.. *saya ubahkan skit cara2nya...
Bahannya:
2 3/4 Cwn Tepung gandum
1Cwn Tepung pulut
1/2 Cwn Tepung beras
1 bj Putih telur (saya punya 2 biji putih telor)+ 1 Cwn Air (dah taruk 2 biji putih telor so air saya kurangkan sikit)
1st Garam
Sedikit minyak untuk merebus mee dan digaulkan bersama mee
Tepung ubi secukupnya untuk ditaburkan ketika menghasilkan mee

Caranya:
1.Satukan semua bahan tepung bersama + Putih telur + Garam + Air.Uli hingga menjadi doh dan tidak melekat pada tapak tangan. *Jika doh terlalu keras tambahkan air 1sb sedikit demi sedikit hingga doh dirasakan mudah untuk diuli.Pastikan doh tidak terlalu lembut,bagi mengelakkan mee menjadi lembik ketika dicelur nanti.
2.Ambil doh yang siap diuli,lumurkan dgn tepung ubi sebelum dicanai menggunakan mesin mee.Saya leperkan dahulu doh supaya senang nak dimasukkan dlm mesin mee.
Mula2 saya masukkan dlm mesin mee no 1 (lebih tebal dulu) ulang 2x..kemudian saya laraskan ke no 5 pulak ..masukkan dohbyg leper tadi ke no.5(saya punya saiz ketebalan dr no dr 1-6). Jika mesin anda mempunyai saiz ketebalan dr nombor 1 hingga 9 ..masukkan doh pada mesin yg takde gigi tu laraskan ke no. 1 ulang 2x kemudian laraskan ke no. 8..masukkan doh leper tadi. Kemudian gunakan mata mesin untuk membuat kuey teow pula
3.Panaskan periuk berisi air separuh penuh sblm proses buat mee..Masukkan sedikit minyak masak,biarkan ia mendidih.
4.Celurkan mee yang siap ke dalam air mendidih.Mee akan timbul dipermukaan apabila sudah masak.
5.Toskan mee dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air sejuk selama 1 minit.Kemudian toskan mee hingga kering dan gaulkan bersama minyak masak supaya mee tidak melekat.Sedia untuk digunakan untuk hidangan anda..Selamat mencuba

No comments:
Post a Comment