Friday, September 5, 2014

Cara Buat Roti

 CARA BUAT ROTI BENGGALI 
BAHAN2NYA:
1½ cawan air
2 camca besar minyak (minyak apa2 pun boleh)
2 camca besar gula
2 camca teh garam
2 camca besar susu kering
4 cawan tepung roti
1½ camca teh yis (2½ camca teh kalau guna program segera)
CARA:
Sukat semua bahan. Kemudian masukkan dulu air dan minyak. Kemudian masukkan semua bahan kering kecuali yis. Yis hanya dimasukkan di bahagian atas tepung. Jangan kenakan air atau minyak.
pilih program 4 untuk masak segera.
Selepas itu tunggu sahajalah hingga tamat program itu, dua jam kemudian, anda akan dapat menikmati roti panas!
Selamat Mencuba.. Sila Share

No comments: