SIRI MASAKAN INDIA UNTUK SARAPAN: ROTI CANAI
RESEPI CARA MENYEDIAKAN TEPUNG/DOH ROTI CANAI:
BAHAN-BAHAN:
* 1 kg. tepung gandum.
Mengenai tepung gandum ini ada dua jenis. Yang pertama tepung jenis kandungan protien yang tinggi dan satu lagi tepung gandum biasa yang kurang kandungan protien. Biasanya untuk jenis roti (baking) kita gunakan tepung gandum yang diperkaya protein kerana ia keras sedikit. Bagi roti canai kita guna kurang protien kerana ia lembut sedikit dan harga juga lebih murah dari tepung gandum berprotein tinggi. 1 kg tepung gandum biasanya boleh hasilkan 20-25 bebola roti canai bersaiz biasa mengikut kemahiran pembuatnya.
Mengenai tepung gandum ini ada dua jenis. Yang pertama tepung jenis kandungan protien yang tinggi dan satu lagi tepung gandum biasa yang kurang kandungan protien. Biasanya untuk jenis roti (baking) kita gunakan tepung gandum yang diperkaya protein kerana ia keras sedikit. Bagi roti canai kita guna kurang protien kerana ia lembut sedikit dan harga juga lebih murah dari tepung gandum berprotein tinggi. 1 kg tepung gandum biasanya boleh hasilkan 20-25 bebola roti canai bersaiz biasa mengikut kemahiran pembuatnya.
- 2 cawan air. Sekirnya tidak gunakan telur 1 biji, lebihkan sedikit airnya.
- 1 sudu kecil (tsp) garam atau secukup rasa.
- 1/2 cawan majerin.
* Sedikit minyak masak untuk ulian dan goreng roti.
Nota: Ramai yang kini gunakan telur, susu pekat manis, horlicks untuk membuat roti canai untuk mendapatkan rasa yang lazat roti canai. Mamak haji rasa ini tak salah cuma kalau gunakan susu pekat manis cuma perlu awas kerana gula cepat jadi hangus semasa gorengan roti canai, maka awaslah penggunaannya.
Sebenarnya boleh gunakan telur sebiji untuk doh yang lembut dan garing, sekiranya gunakan telur, kurangkan sedikit air semasa uli. Roti canai ini sebenarnya masa dulu digelar, "PRATA". Prata ini sebenarnya berasal dari benua India. Seperti anda tahu, masakan India ini tak lari dari gunakan "minyak sapi" atau "ghee". Maka kalau anda ingat roti prata yang zaman dulu yang bulat dan tebal, itulah dinamakan "prata ori". Tapi bila keadaan berubah dan masa amat penting untuk perniagaan versi roti prata berubah menjadi roti canai yang berbentuk empat segi yang nipis. Kegunaan minyak sapi diganti dengan majerin murah dan juga minyak masak kelapa sawit.
*Untuk suri rumah yang ingin cuba prata ori boleh gunakan
- 300gm tepung gandum,
-1/2 cawan minyak sapi,
-1/2 cawan air dan garam secukup.Mamak haji tak gunakan telur. Bila gunakan telur air perlu dikurangkan.
- 300gm tepung gandum,
-1/2 cawan minyak sapi,
-1/2 cawan air dan garam secukup.Mamak haji tak gunakan telur. Bila gunakan telur air perlu dikurangkan.
CARA MEMBUAT ROTI CANAI:
1. Roti yang sedap ialah sentiasa rapuh dan garing walau pun sejuk atau panas. Kesedapan roti canai terletak pada cara ulian tepung roti canai tersebut. Garing atau rapuh ini biasanya bersangkut paut dengan cara mengorengnya tetapi jangan lupa pada tepung roti canai yang telah di masukkan udara semasa diuli. Ulian juga perlu wujudkan keadaan, "keanjalan/kenjal (elasticity)". Cara memeriksa doh yang sempurna ialah dengan lakukan cubitan pada bahagian doh itu dan tarek. Bila menarik, tepung yang ditarek itu mengwujudkan keping lapisan yang nipis tanpa putus-putus. Doh yang terbaik ialah memberi keanjalan. Sekiranya doh kita tidak memberikan keanjalan, hasilnya tidak memuaskan apabila masak.
2. Ulian doh roti melalui tangan adalah cara terbaik. Uli dalam 10 minit dan rehat 5 limit untuk pembentukan gluten dan diikuti lagi dengan ulian terakhir selama 10-15minit. Ulian terakhir perlu bersertakan dengan satu sudu majerin untuk mendapatkan permukaan yang licin dan tidak mengerutu.
3. Membentukan doh ini menjadi bebola adalah satu lagi cabaran bagi yang baru. Cara bentukan bebola roti canai yang mudah ialah dengan mengambil sedikit doh ditangan anda dan bentukan bebola, tekan semua jejari anda bebola itu supaya tepung itu naik ke atas dibahagian atas tangan (sambil membuka sedikit ruangan jari-jari ibu dan penunjuk untuk dapatkan saiznya). Ada juga suka jolok keatas tepung yang digengam. Bila tepung itu terbentuk bulat, putarkan dengan tangan lain sehingga terputus. Bulatkan doh kembali dikedua tapak tangan, Sapu majerin diluar permukaan doh dan simpan sekurang-kurang 4 jam sebelum tebar. Pastikan tepung bebola ini ditutup dengan helain plastik atau pun kain yang lembab supaya permulkaannya tidak kering.
4. Tebar roti canai ini perlukan kemahiran. kalau pandai tebar ia mempercepatkan penyediaan. Kalau tak pandai tebar tak mengapa, ambil bebola roti canai yang telah disediakan, leperkan diatas kedua tangan dan letakan diatas belakang talam, leperkan bulat dengan menggunakan roller peleper sehinggga se nipis yang boleh. Selepas itu tarik setiap penjuru sedikit demi sedikit sehingga anda mendapat senipis yang boleh tetapi jangan sampai terkoyak sangat, titiskan minyak sedikit ditengah lipat (kecil dan tebal) atau angkat tepung di satu penjuru dan bulatkan.
5. Panas kuali leper anda, jangan terlalu panas nanti hangit pulak roti anda. Titiskan sedikit minyak dikuali leper atau pan pun boleh. Leperkan sedikit doh tadi ketebalan yang diperlukan dan bakar. Terbalikan selalu untuk masak. Lihat tepi roti canai untuk masak sempurna. Selamat mencuba yea...
No comments:
Post a Comment