[Amalan Sebelum Tidur:
Tasbih Fatimah
dan akhir Surah al-Baqarah]
Tasbih Fatimah
dan akhir Surah al-Baqarah]
2 ayat akhir surah al-Baqarah:
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
Abu Mas’ud radiallahu ‘anhu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ
Sesiapa yang membaca dua ayat akhir surah al-Baqarah pada waktu malam, maka dua ayat itu sudah cukup untuknya.
[Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhail al-Quran, hadis no: 4649]

Tasbih Fatimah:
عَنْ عَلِيٍّ، أَنَّ فَاطِمَةَ ـ عَلَيْهِمَا السَّلاَمُ ـ شَكَتْ مَا تَلْقَى فِي يَدِهَا مِنَ الرَّحَى،
‘Ali radiallahu menceritakan bahawa Fatimah ‘alaihassalam mengadu tentang kecederaan tangannya disebabkan dia kerja menggiling.

فَأَتَتِ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم تَسْأَلُهُ خَادِمًا، فَلَمْ تَجِدْهُ،
Lalu dia pergi menemui Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam untuk meminta daripadanya seorang pembantu, tetapi baginda tidak ada.

فَذَكَرَتْ ذَلِكَ لِعَائِشَةَ، فَلَمَّا جَاءَ أَخْبَرَتْهُ.
Lalu dia menyebutkan hal itu kepada ‘Aisyah radiallahu ‘anha. Apabila baginda pulang, ‘Aisyah pun memberitahu hal itu.

قَالَ فَجَاءَنَا وَقَدْ أَخَذْنَا مَضَاجِعَنَا، فَذَهَبْتُ أَقُومُ فَقَالَ " مَكَانَكِ ".
Lalu baginda datang menemui kami ketika kami sudah berada di tempat tidur kami, lalu aku mahu bangun, baginda pun berkata: Tetaplah di tempat kamu.

فَجَلَسَ بَيْنَنَا حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ قَدَمَيْهِ عَلَى صَدْرِي فَقَالَ :أَلاَ أَدُلُّكُمَا عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ،
Lalu baginda duduk di antara kami berdua sehingga aku dapat merasai kesejukan kaki baginda pada dadaku. Baginda bersabda: Mahukah aku tunjukkan kalian berdua sesuatu yang lebih baik daripada pembantu rumah?

إِذَا أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا، أَوْ أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا، فَكَبِّرَا ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَسَبِّحَا ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَاحْمَدَا ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، فَهَذَا خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ ".
Apabila kalian berdua pergi ke tempat tidur, ucapkanlah takbir sebanyak tiga puluh tiga kali, tasbih sebanyak tiga puluh tiga kali, dan tahmid sebanyak tiga puluh tiga kali. Ini lebih baik untuk kalian berdua daripada pembantu rumah.

وَعَنْ شُعْبَةَ عَنْ خَالِدٍ عَنِ ابْنِ سِيرِينَ قَالَ التَّسْبِيحُ أَرْبَعٌ وَثَلاَثُونَ
Dalam riwayat Syu’bah daripada Khalid daripada Ibn Sirin, beliau berkata: Bacalah tasbih tiga puluh empat kali.
[Sahih al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 6318]

Ingat jangan lupa ingat Allah sebelum tidur, agar tidur tidak sia-sia
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنَّهُ قَالَ :
Abu Hurairah radiallahu 'anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

مَنْ قَعَدَ مَقْعَدًا لَمْ يَذْكُرِ اللَّهَ فِيهِ كَانَتْ عَلَيْهِ مِنَ اللَّهِ تِرَةٌ ،
Sesiapa yang duduk dalam satu majlis yang dia tidak mengingati Allah padanya, maka dia akan mendapat pengurangan (dalam kebaikan) daripada Allah.

وَمَنِ اضْطَجَعَ مَضْجَعًا لَا يَذْكُرُ اللَّهَ فِيهِ كَانَتْ عَلَيْهِ مِنَ اللَّهِ تِرَةٌ
Sesiapa yang berbaring (tidur) pada di tempat perbaringan yang mana dia tidak mengingati Allah padanya, maka dia mendapat pengurangan (dalam kebaikan) daripada Allah.
[Sunan Abi Daud, Kitab al-Adab, hadis no: 4217]

No comments:
Post a Comment