Petua Untuk Mudah Berjaya Dalam Perniagaan
1. Mesti ada ketekunan, kegigihan dan ketabahan yang ada pada diri anda.
2. Mesti ada keinginan yang kuat. Jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja.
3. Mesti ada kemahuan untuk mengambil inisiatif.
4. Bersifat bersaingan. Jangan dengki pada peniaga lain atau cuba menjatuhkannya.
5. Percaya pada diri sendiri.
6. Mesti ada kekuatan yang kuat untuk berjaya.
7. Yakin pada diri sendiri selalu walaupun menghadapi rintangan atau masalah.
8. Pastikan anda sihat.
9. Hidup biar sederhana. Jangan meniru orang lain tentang cara hidup mereka atau cara mereka berbelanja. Ingat, anda masih belum berjaya lagi.
10. Jangan ikut cakap orang, anda hanya dengar sahaja. Selepas itu, buat apa yang anda fikir baik untuk perniagaan anda. Orang yang memberi “nasihat” selalunya dia pun belum lagi berjaya dalam perniagaan yang diceburinya. Andalah yang menentukan hala tuju dan strategi perniagaan anda, bukan orang lain.
No comments:
Post a Comment