Saturday, August 30, 2014

ROTI PITA ARAB LUBNAN

 ROTI PITA ARAB LUBNAN
Roti yang paling femes di hidangkan setiap hari di hampir keseluruhan tanah arab turun temurun tanpa jemu. Mudah dan ekonomi.
Bahan-Bahan: (8 keping roti)
3 cawan Tepung gandum (-+ 500 gm)
1 tsp dry yeast
1 1/4 cawan air suam
1/2 tsp Garam
2 tsp Gula
2 tsp minyak masak.
▶ Larutkan gula dan dry yeast bersama 1/4 cawan air suam sehingga naik berbuih.
▶ Dalam mangkuk besar, campurkan tepung dan garam dan kemudian masukkan air bancuhan yeast tadi.
▶ Adun perlahan2 dan tambahkan baki air suam sedikit demi sedikit.
▶ Ulilah sehingga anda mendapat DOH licin, elastik serta tak melekit.
▶ Keluarkan doh dari mangkok adunan.
Sapukan sedikit, tipis2 jer minyak masak pada mangkok adunan doh tadi.
▶ Masukkan doh semula dalam mangkok, dan sapukan sedikit permukaannya dengan minyak masak tipis2 dan tutupakan dengan kain lembab. Biarkan selama sejam sehingga doh benar2 naik.
▶ Selepas doubling Saiz DOH, buka penutup kain lembab tadi dan tumbuk2 sikit angin pada DOH.
Bahagikan DOH kepada 8 bebola kecil Yg sama saiz.
Taburkan sedikit tepung pada meja kerja anda, leperkan doh serta canaikan nya bulat tipis setebal 1 - 1/2 cm.
Ulangi proses ini sehingga habis dan biarkan DOH anda rest lagi selama 10 minit.
▶ Panaskan oven anda pada suhu 220 ° C Selama 15 minit, kemudian bakar ROTI PITA anda di rak yg paling bawah sekali selama 5 minit sehingga roti naik mengelembong @ "Puff".
▶ Ulangi proses pembakaran ini sehingga selesai semuanya.
▶ Siap untuk di nikmati ROTI PITA Panas bersama flavour kegemaran anda atau digulung dijadikan sandwich atau Shawerma.
NOTE:
1⃣ Roti ni jangan dibakar lama sehingga perang biarkan ianya berwarna putih sedikit tompok brown jer kerana ianya memang begitu, ianya lembut dan berongga, sekiranya anda bakar lama ia akan keras. Roti yang asli tak keras atau perang warnanya.
2⃣ Ingat oven harus benar2 panas, gunakan suhu yang tinggi.
3⃣ Roti ni kalau tak abis atau tak nak makan boleh di frozenkan, tahan beberapa bulan. Masuk daalm plastic bag n seal. Biarkan d freezer. Nak makan keluarkan beberapa keping ikut suak anda, biarkan pada suhu bilik selama 1-2 minit dalam plastic dan reheat kan dalam microwave beberapa saat atau layurakn sebentar di atas api gas.
4⃣ Roti ni juga boleh dipotong kecil2 di goreng deep fryer dan di makan bersama salad fatush atau shorba adas/ sup dhal arab
5⃣ jangan dedahkan di udara, kerana akan mengeringkanya atau menyebabkan ianya keras, sentiasa biarkan ia dalam plastic bag.
6⃣ Sesuai tuk yg berdiet makan roti saja atau yg ada diabetic tu gantikan tepung putih kepada brown ye.
SELAMAT MENCUBA..😎

No comments: