Thursday, August 28, 2014

[ Hutang dan Pinjaman - Cara langsaikan Hutang ]

[ Hutang dan Pinjaman - Cara langsaikan Hutang ]
Semua orang pasti ada melalui masa masa berhutang dan meminjam sesuatu untuk keperluan diri kita ,
Biasanya apa yang akan kita lakukan adalah membayar balik dan memulangkan kembali apa yang di pinjamkan .
ketahuilah , kalau kita ada meminjam sesuatu pasti yang memberikan pinjaman itu akan meminta kembali dan kita pasti mengucapkan terima kasih setiap kali kita memulangkan apa yang di pinjam .
Juga sama dengan Hutang , kita akan cuba membayar balik hutang itu kerana kalau tidak sudah pasti kita akan di cari dan di hukum .
Sekiranya anda ingin benar benar bebas dari hutang yang banyak di dunia ini maka AbangAbu ingin berikan anda sesuatu yang sangat Penting . Mula Amalkan dan lihat dengan izin Allah , anda akan mula membayar balik hutang anda dengan cepat serta akan memulangkan kepada tuan nya apa yang anda pinjam dari mereka untuk kegunaan sementara.
BETUL ke nak TIP Ini?
Kalau AbangAbu kongsikan , Pastikan anda SHARE post ini dan lakukan hanya kerana Allah .
Pernah kah kita berfikir akan pinjaman NYAWA oleh Allah ? Berserah sepenuhnya kepada Allah , adalah cara untuk kita bersedia untuk di pulangkan NYAWA ini.
HUTANG - pernah kah kita fikirkan , akan udara yang kita hirup dan hembus setiap minit dengan lebih 9 - 18 kali itu adalah HUTANG ! Pernahkan kita terfikir untuk bayar balik atau pun mengucapkan terima kasih ?
Kalau anda ingin bersih dari hutang ... mula ucapkan sebanyak yang boleh kalimah Alhamdullilah dengan menghayati ucapan itu sebagai rasa syukur atas nikmat udara yang diberikan kepada kita.
Buat lah , dan lihat sahaja bagaimana hutang hutang anda yang ada akan mula terhakis dan mula menurun dan terus hilang dengan izin Allah.
Berserah dan mulakan pelan bayaran anda, berbincang , menyusun jadual bayaran hutang , serta cari pendapatan tambahan jika tak cukup dari apa yang dapat sekarang dan PALING PENTING amalkan apa yang AbangAbu kongsikan .
BEST BEST BEST !

No comments: