Tuesday, July 22, 2014

TIP-TIP KATERING : CARA BASUH PERIOK NASI YG. BERKERAK.

TIP-TIP KATERING : CARA BASUH PERIOK NASI YG. BERKERAK.

Membasuh periok nasi gunakan gas LPG adalah masalah besar. Lebih-lebih lagi kerak nasi. Biasanya permukaan periok nasi ini diselaputi dengan semburan bahan yang tidak melekat permukaannya. Tetapi lama-kelamaan bahan selaput ini akan terhaus kerana gunakan berus dawai keluli atau pun bahan aktif sabun. Oleh kerana periok ini diperbuat dari aluminium jangan sekali-kali gunakan alat pengikis untuk kikis kerak dibuat dari bahan lebih keras dari aluminium seperti scrupper. Rendamkan kuali selama 30 minit. Gunakan TUDUNG BEKAS SABUN BASUH PINGAN MANGKOK seperti tudung sabun axion untuk membersihkan periok anda. Letakan tudung itu di tapak tangan anda dan terus gosok. Semua kerak nasi akan terkeluar sendiri. Untuk membasuh flask nasi juga boleh gunakan kaedah ini. Guna tudng ini selamat, kerana tidak akan merosakan permukaan periok atau flask nasi anda. Ia mudah dan cepat.

No comments: