Tentu ramai yang tidak melepaskan peluang untuk memasak hidangan daging sempena Hari Raya yang bakal tiba.
Namun, umum mengetahui bahawa memasak daging memerlukan masa yang lama.
Tetapi jangan risau kerana terdapat petua mudah bagi melembutkan daging. Caranya adalah seperti berikut:
Tumbuk halia dan campurkan sedikit garam. Perapkan bahan ini dengan daging kira-kira setengah jam. Kemudian bilas dengan air dan bolehlah dimasak seperti biasa.
No comments:
Post a Comment