Masih ramai lagi yang tidak sedar akan kepentingan pengambilan sayur-sayuran dalam menu seharian. Hanya kerana rasa sayur yang mungkin sedikit pahit atau tidak enak membuatkan ramai individu bertindak tidak makan sayur. Kandungan antioksidan di dalamnya memiliki pelbagai manfaat sehingga menjadikan sayur-sayuran ini amat berharga untuk kesihatan. Kerana itu penting untuk anda belajar perlahan-lahan menambahkan sayur di dalam hidangan anda.
Tambahkan sayuran di dalam hidangan kegemaran
- Tambahkan sayur-sayuran seperti brokoli, sawi, tauge ataupun kubis dalam campuran makanan anda. Bagi makanan ala barat seperti pasta atau makaroni, tumiskan sayuran seperti asparagus, cendawan brokoli dan tomato di dalam minyak zaitun. Tambahkan sedikit keju, tentu akan lebih lazat. Jangan lupa juga tambahkan sedikit herba bagi menaikkan aroma hidangan anda.
Potong nipis
- Terdapat banyak sayuran yang sesuai untuk dijadikan salad seperti Bawang Bombay, Lobak Merah parut, timun yang dihiris nipis. Kubis atau Kacang Hijau. Cara yang baik untuk menikmatinya ialah dengan menghirisnya dengan nipis dan campurkan kesemuanya. Hirisan buah-buahan manis atau masam juga boleh ditambah bagi memberikan tekstur dan rasa berbeza dalam hidangan salad.
Minum jus sayuran
- Anda boleh juga buat jus sayur-sayuran versi anda sendiri dengan menambah sedikit jus daripada minuman botol. Contohnya kisar Lobak Merah bersama sedikit Jus Mangga atau Oren daripada botol. Namun, sebaiknya gunakan sahaja buah-buahan asli dengan tidak menambahkan gula sebagai perasa tambahan.
Gunakan Kaedah Memanggang
- Anda boleh memilih untuk memanggang beberapa jenis sayuran dan tambahkan rencah kegemaran anda atau anda boleh memilih untuk menambah perasa seperti garam ataupun serbuk cili. Pastikan untuk menyapu sayuran yang hendak dipanggang dengan sedikit minyak zaitun terlebih dahulu. Sayuran seperti terung atau cendawan yang dipanggang memang enak
No comments:
Post a Comment