Pekerjaan yang memerlukan anda untuk sering bertemu dengan pelanggan atau rakan sekerja membuatkan anda bimbang sekiranya mulut berbau sepanjang bulan puasa ini.
Apatah lagi sekiranya anda seorang yang mengalami masalah mulut berbau, pastinya lebih parah apabila berdepan dengan bulan seperti ini.
Jangan risau jika anda mengalami masalah mulut berbau. Ambil beberapa batang serai, beberapa biji ketumbar dan beberapa helai daun sirih.
Setelah itu, tumbuk lumat kesemua bahan-bahan tersebut. Kacau rata bersama kapur sirih dan air secukupnya. Simpan di dalam sebuah bekas.
Tutupkan dengan kain nipis pada mulut bekas berkenaan dan diembunkan semalaman. Pada keesokan harinya, gunakan air jernih yang terbentuk di permukaan bekas untuk berkumur.
No comments:
Post a Comment