RESEPI: SERUNDING AYAM
BAHAN-BAHAN:
250 gm isi ayam. Basuh dan bersihkan ketulan ayam. Didihkan dengan api sederhana untuk menjaga kualiti isi ayam. Selepas masak carik-carekan isi-isi ayam menjadi halus.
BAHAN TUMIS:
- 2 Sudu besar (tbsp) minyak masak.
- 150 ml santan.
- 5 ulas bawang putih.
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam.
- 2 cm kunyit hidup yang telah panggang.
- 2 cm lengkuas yang telah panggang.
- 1 helai daun salam (Indonesian Bay Leaf).
- 10 gm asam jawa.
- 3 butir bawang merah (kecil).
- 1/2 sudu kecil (tsp) garam.
- 150 gm gula merah/hitam.
- 1 biji buah keras.
- 1 sudu kecil (tsp) biji ketumbar yg telah goreng kering.
CARA-CARA MEMASAK:
1. Ketulan ayam perlu dibasuh dan di rebus dengan api yang sederhana sehingga isi ayam lembut. Hindarkan kulit ayam. Carek halus isi ayam.
2. Kunyit hidup dan Lengkuas yang telah panggang, bawang, buah keras, biji rempah ketumbar dan bawang putih perlu ditumbuk halus.
3. Larutkan 10gm asam jawa dalam 10 sudu besar stok ayam. Cuma gunakan 1 sudu besar air asam jawa untuk masakan ini.
4. Panaskan kuali bersama minyak. Bila minyak panas masukkan semua perencah yang telah ditumbuk halus bersama dengan lada hitam dan daun salam.
5. Bila perencah naik bau harum masukkan daging ayam yang telah carek. Masukkan gula merah dan santan.
6. Masak sehingga semua bahan-bahan ini resap dalam daging ayam.
7. Keluarkan dari kuali dan ratakan dalam bekas (tray) ketuhar (oven). Bakar daging ayam ini di ketuhar dalam suhu 180 darjah C. selama 30 min sehingga warna serunding anda bertukar kepada keperangan dan kering.
8. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan dalam suhu dapur. Masukkan serunding ini kedalam bekas kedap udara. Anda simpan sehingga 7-14 hari. Selamat mencuba.
Nota: Lain kali ketulan daging atau ayam dalam lauk yang habis jangan dibuang, sebelum basi cepat-cepat basuh dan simpan dalam peti sejuk. Aneka masakan boleh dibuat seperti serunding di atas, begedel , inti karipap dan banyak lagi. Wassalam.
No comments:
Post a Comment