PETUA-PETUI DAHULU KALA
Ibu Penawar Racun
--------------------------
Saper kenal Kaffir Lime..? Ish.. pelik bunyinya kan.... Tapi itulah hakikat bahasa orang puteh bila mereka lihat LIMAU PURUT....
Limau purut ni banyak sangat la paedahnya... Tapi fokus saya hari ini adalah untuk rawatan tradisional.. Saya dapat petua ni dari Bapa Saudara a.k.a Abang Ipar Mama yang dikenali sebagai Cikgu Mat... Cikgu Mat pulak dapat petua ni dari seorang guru pondok di Selatan Thailand..
Katanya, kalau nak rawat Keracunan Makanan, Demam, Denggi, Malaria, Aedes, Chikunyunya, Kegatalan dan rawatan dadah perlu tahu sukatan ramuan ni...
--------------------------
Sukatan: 3 biji limau purut + sebiji air kelapa muda
--------------------------
Sukatan ni untuk diminum dalam sehari dan jumlah hari yang perlu minum bergantung kepada jenis penyakit.
Mari kita lihat.....
Untuk 1 hari sahaja
- Keracunan Makanan
Untuk 3 hari berturut-turut
- Santau (ada doa khas)
- Demam
- Kegatalan
Untuk 7 hari berturut-turut.. Rehat 2 hari, lihat kesannya.. Jika masih ada, sambung lagi 7 hari berturut-turut.
- Denggi
- Malaria
- Aedes
- Chikunyunya
- TB
Untuk 40 hari berturut-turut
- Dadah (ada doa khusus)
[PANTANG]
a. Sejam sebelum dan selepas ambil ramuan ni dilarang makan:
1. Ubi Kayu..
2. Pulut..
3. Nangka
4. Sayur Pucuk Paku.
5. Segala jenis makanan sejuk
b. Jangan minum ketika perut kosong
c. Tidak boleh untuk mereka yang ada Penyakit Ulser Perut atau Kanser Usus.
Jadi, kalau dah memang ada berdekatan bahan-bahan ni, cubalah dan bantulah mereka yang memerlukan.. Semoga dapat disampaikan dan beroleh keberkatan...
Selamat Beramal
No comments:
Post a Comment