Tidak sabar-sabar menanti Hari Raya kerana di waktu itu pelbagai jenis hidangan yang istimewa dapat disajikan kepada ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.
Salah satu sajian yang menjadi kewajipan ialah Rendang dan Ketupat. Seperti yang kita sedia maklum, merebus ketupat memerlukan masa yang panjang. Elakkan ketupat tidak masak atau terlebih merebus dengan cara ini.
Sewaktu merebus ketupat, tutup periuk dan letakkan pemberat di atas periuk. Sering perhatikan air rebusan dan tambahkan jika air berkurangan dengan menggunakan air panas.
Alihkan kedudukan ketupat di bahagian bawah ke atas, begitulah sebaliknya bagi memastikan ketupat dimasak dengan sempurna. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment