Ramai yang tidak 'sampai hati' untuk membuang lebihan minyak gorengan yang kelihatan masih elok untuk dipakai semula.
Namun, minyak masak yang telah digunakan akan bertukar warna menjadi sedikit keruh.
Bagi yang mencari-cari petua untuk menjernihkan minyak agar ianya boleh digunakan semula, ikuti petua mudah ini.
Setiap kali selepas menggoreng, ambil sedikit kerak nasi dan goreng kerak menggunakan minyak tersebut.
Warna hitam pada minyak akan diserap oleh kerak nasi dan minyak akan menjadi jernih semula.
No comments:
Post a Comment