Monday, June 16, 2014

RESEPI TOSEI MAMAK PENANG oleh mamak haji

RESEPI TOSEI MAMAK PENANG:
BAHAN-BAHAN:
1 cawan kacang tosei (putih).
3 cawan beras / Tepung beras
1 sudu biji Halba/Fenugreek seed)
1 sudu kecil garam.
1 cawan nasi sejuk (untuk mengebukkan tosei dan membantu percepatkan proses fermentasi)*.
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh kacang tosei, beras dan halba dan rendamkan dalam air sekurang-kurang 6 jam. (Pagi rendam, petang mula mengisar dan keesokan pagi anda boleh memasak). nota: sekiranya gunakan tepung beras tidak perlu direndam. Adunkan saja dengan kacang tosai yang telah dikisar.
2. Kisar bersama nasi sejuk ketiga-tiga bahan tersebut dengan sedikit air. Tentukan kisaran anda jangan terlalu cair . Kisar sehingga halus. Masukkan adunan itu dalam bekas dan peram semalaman. Jangan terlalu lama peram. Adunan akan menjadi bertambah masam. Sekiranya ingin simpan adunan yang berlebihan simpan di dalam peti sejuk. Boleh digunakan tiga atau empat hari.
3.Jangan masukkan garam semasa pemerapan, kerana garam boleh membunuh bakteria baik semasa proses pemerapan. Adunan tosei tidak akan menjadi. Biasanya adunan akan bertambah dua kali kuantiti yang asal. Hanya masukan garam semasa mula memasak tosei.
4.Jika bancuhan adunan anda terlalu pekat, cairkan sedikit dengan menggunakan air sejuk (tap water). Bancuhan tosei boleh diuji kepekatan dengan menggunakan senduk dengan menceduk sedikit adunan. Sekiranya adunan yang baik akan melekat pada permukaan senduk.
5.Masak tosei sama seperti kaedah membuat ketayap (kuih gulung inti kelapa). Ceduk penuh adunan dengan senduk sederhana dan tuang di kuali tak melekat atau kuali leper (kuali leper permukaannya perlu sapu minyak). Buat putaran sehingga tepung anda menjadi nipis dan bulat. Tutup permukaan tosei dgn penutup. Api dapur perlu sentiasa dijaga. Tosei masak dgn cepat 1-2 minit. Keluarkan tosei anda dan lipat sama rata.
Tosei boleh makan dengan sambal tumis ikan bilis, daging rendang, kari ayam, kari sardin atau dengan kuah dhal. Mamak haji tak galakan makan tosei dengan sambal kelapa seperti di restoren, kerana kelapa punyai kandungan lemak yang tinggi.
NOTA:
Kalau anda ingin Tosei anda lembut, tambah lebih sedikit kacang tosei.
kalau anda inginkan tosei anda rangup tambahkan lebih sedikit tepung beras.

No comments: