Saturday, June 21, 2014

kacang panjang goreng ala burma oleh mamak haji

- 250gm kacang panjang (hijau).
- 1 biji bawang labu sederhana besar, di hiris halus, di gaul dengan sedikit tepung beras dan digoreng sehingga garing warna keemasan. Asingkan. Minyak gorengan tadi ambil dua sudu besar dan simpan dan gunakan untuk gorengan kacang panjang.
- 2 sudu besar kacang tanah goreng tumbuk.
- 4 dan 1/2 sudu kecil sos ikan.
- 1 sudu besar jus limau nipis.
- 2 tsp gula.
- Garam secukup rasa.
CARA MENYEDIAKAN;
1. Potong kacang panjang dalam 2 inci panjang. Sediakan air mendidih di dapur. Masukkan garam dan sedikit minyak. Celurkan kacang panjang dalam 1-2 minit. Keluarkan, toskan dan lalukan air sejuk untuk matikan haba dalam kacang. Cara ini untuk kekalkan rangup dan warna asal kacang.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang dari gorengan bawang, masuk kacang panjang, kacang tanah, sos ikan, sos limau, gula dan garam. Goreng dalam 1 atau 2 minit dengan api keras sedikit.
3. Hidangkan dengan bawang goreng segar di atas. selamat mencuba.

No comments: