Ramai dalam kalangan wanita yang mengambil pilihan bijak untuk menguruskan badan dengan cara berdiet. Tetapi, anda seharusnya perlu tahu bagaimana dan diet apa yang paling bagus untuk tubuh badan anda. Berikut ada beberapa jenis diet yang telah diamalkan diseluruh negara.
Diet rendah lemak (low fat diet)
Kepada pengamal diet jenis ini, mereka dinasihatkan untuk banyakkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan nasi. Tidak perlu berhenti makan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi, sebaliknya kurangkan kuantitinya atau diimbangkan dengan makana rendah lemak.
Diet atkins
Dikenali dengan nama diet protein. Pengamalnya berpantang memakan karbohidrat seperti kentang, roti, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan tinggi protein diutamakan.
The sugar buster diet
Merupakan variasi diet yang mengawal kemasukan karbohidrat dan berpantang makanan yang mengandungi gula. Jagung termasuk makanan sihat yang dilarang kerana mengandungi gula.
Diet rendah kalori (very low calories diet)
Hanya boleh mengambil 800 kalori sehari dan hanya dilakukan oleh pesakit obesiti serta perlu di bawah pengawasan doktor. Kanak-kanak, wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak tidak sesuai mengikut diet yang disarankan seperti ini.
No comments:
Post a Comment