Pasti ramai yang suka makan cucur tidak kiralah cucur ikan bilis, udang, sayur dan lain-lain. Kerana masakannya yang begitu ringkas, mudah dan sedap cucur menjadi kegemaran ibu-ibu untuk dihidangkan kepada anak-anak dan suami ketika santapan waktu pagi dan petang.Namun tentu lagi sedap sekiranya cucur yang dibuat lebih lembut apabila dimakan bukan?
Berikut ada petua yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan cucur yang lembut dan lebih sedap.
Tambahkan sedikit telur ke dalam adunan tersebut. Dan ketika membancuh adunan cucur, pastikan ianya lembik sedikit.
Secara amnya, gunakan 1 biji telur untuk 300 gm tepung gandum. Biarkan adunan ‘rehat’ dan ‘mesra’ selama 15-20 minit sebelum menggorengnya.
Tambah juga sedikit serbuk penaik. Anda juga boleh membancuh cucur dengan air panas (bukan yang baru mendidih) dan kacau cepat sehingga sebati.
Dengan cara ini cucur juga akan menjadi lebih gebu, garing diluar tetapi lembut di dalam. Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment