Saturday, June 21, 2014

Petua Membuat Telur Masin

Jerang garam dengan air (sukatan air sama paras dengan garam) sehingga mendidih. Kacau sekali-sekala hingga garam larut. Padamkan api, biarkan sejuk.

Tuangkan air garam ke dalam bekas kaca atau pasu. Masukkan telur itik satu-persatu (pastikan kulitnya sudah dilap dengan kain lembap, diikuti kain kering).

Tutup bekas tadi dan letak di tempat yang gelap (di dalam kabinjet yang jarang dibuka atau stor). Biarkan selama 14 hari. Ambil sebiji, rebus dan lihat hasilnya.

Jika belum cukup masin, bolehlah ditunggu lagi 2-3 hari baru diambil dan direbus. Diingatkan juga sekiranya anda ingin menambah telur, buat tanda dengan marker kalis air tarik dimasukkan agar anda tidak terambil telur yang belum cukup masin.

Jika ingin disimpan (setelah cukup masin), keluarkan telur dan basuh. Kemudian lap dan simpan di dalam peti sejuk (rak bawah), tidak perlu disalut dengan tanah atau sekam padi seperti yang dijual (untuk tahan berbulan-bulan) 

No comments: