Siapa kata orang yang memiliki bentuk badan yang besar/gempal tidak boleh berfesyen. Kenyataan ini ternyata silap kerana fesyen tidak membataskan atau menghadkan pengikutnya asalkan anda seorang yang mengikuti arus fesyen terkini dan bijak memilih fesyen yang sesuai dengan penampilan anda.
Ingat, bukan semua orang mampu membawa fesyen seiring dengan peredaran zaman. Ada yang mengatakan berfesyen hanya untuk mereka yang memiliki bentuk badan yang menarik bak peragawati. Ini kerana kebanyakkan pakaian yang terjual lebih fokus bagi mereka yang memiliki bentuk badan yang kecil dan tinggi.
Ada juga yang berpendapat bahawa fesyen di Malaysia ini terikut-ikut dengan fesyen dari negara barat cuma ia diubah mengikut budaya timur namun ciri-ciri fizikal pakaian terutamanya ketinggian lebih kearah saiz masyarakat di negara barat yang lebih tinggi berbanding dengan orang Asia Tenggara yang kebanyakkan memiliki ketinggian yang rendah.
Bagi anda yang berbadan besar/gempal, jangan seringkali berputus asa dengan fesyen yang ingin anda tampilkan kerana anda juga boleh berfesyen asalkan kena pada rekaan dan warna yang dipilih.
Rekaan yang sesuai untuk anda adalah rekaan yang mempunyai potongan paras bawah dada atau empire cut, rekaan yang bawahnya kembang dan tidak mengikut bentuk badan.
Pemilihan warna pula haruslah yang gelap dan corak menegak dan kecil. Ini akan membuatkan anda kelihatan kurus dan tinggi. Pemilihan fabrik juga penting kerana fabrik yang kasar akan membuatkan penampilan anda kaku, jadi pilihlah fabrik yang lembut.
No comments:
Post a Comment