Thursday, June 19, 2014

Krim Karamel

Manisan yang paling mudah, ringkas dan rasanya memang lazat! Krim Karamel merupakan satu lagi resepi puding yang menjadi kegemaran dan begitu popular di Malaysia. Sajikan kepada anak-anak dan suami tanpa mengira waktu, tentu tidak cukup! Sememangnya sungguh mengkagumkan. Jangan ketinggalan untuk mendapatkan resepi Krim Karamel ini dengan menyediakan bahan-bahan di bawah.

Bahan-bahannya:

500 gm gula pasir - dimasak
200 ml air putih
1 liter susu segar
2 sudu makan esen vanila
10 biji telur

Cara membuatnya:

  • Masak gula bersama air hingga bertukar warna menjadi coklat emas. Letak di dalam mangkuk dan sejukkan.
  • Dalam pada itu panaskan susu segar dan masukkan esen vanila, gula dan telur. Kacau hingga sebati. Selepas itu tuangkan air gula yang telah dimasak tadi.
  • Masak di dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah selama 45 minit. Setelah masak, sejukkan di dalam peti sejuk dan hidangkan.
 Krim Karamel

No comments: