Wednesday, April 2, 2014

RESEPI MADU TIRUAN

* Sekadar berkongsi sahaja.

RESEPI MADU TIRUAN:
Jom kita belajar buat madu tiruan...tapi bukan untuk jual yea..berdosa menjual barang dagang dengan penipuan..utk mencari keuntungan perniagaan.
Bahan-Bahan Yang diperlukan:
- 2 kg gula pasir.
- 2 sudu besar esen vanilla.
- 2 biji lemon di hiris bulat.
- 1 liter air
- 10gm bunga Dandelion atau bunga randa tapak (kalau ada).
Cara - Cara:
1. Basuh bunga dandelion dan lemon, hiris lemon bulat-bulat. Panaskan air satu liter. Masukkan gula, asingkan dalam 100 gm gula untuk buat gula hangus. Didihkan air ini selama 30 minit. Tapiskan airnya dari bunga dan lemon dan asingkan air gula ini.
2. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu besar air dan gula 100 gm tadi. Bila gula mula hangus keperangan, masukkan air gula yang panas yang asingkan tadi dengan perlahan-lahan dan awas. Wap Asap akan terbentuk. Elak tersedu asap ini.
3. Kramel akan terbentuk dalam masa lebih kurang 45 minit - kacau selalu.
4. Jangan pekat sangat air gula anda kerana selepas sejuk ia akan pekat.
5. Kegunaan limau ialah untuk air gula tidak menjadi kramel dan hablur selepas sejuk. Simpan madu tiruan anda dalam botol yang telah direndam air panas (sterlize). Anda boleh gunakan utk mengantikan madu tipu yang anda beli di supermarket untuk ayam masak madu, ayam bakar madu atau kueh-kueh.

No comments: