Pagi-Pagi cari bawang goreng..merata di dapur. Tak jumpa mula merajuk masak..aduhai dikatakan di beri gelaran jurumasak..nak goreng bawang goreng rangup pun tak tahu?. Aduhai, cara nya mudah saja...hiris bawang halus (pisau mesti tajam) gaulkan dengan tepung beras sedikit, dan goreng. Masa goreng itu tentukan api jangan keras sangat, kerana kita perlukan masa untuk menyejatkan air dlm hirisan bawang. Tepung beras digunakan untuk menyerap kelembapan air bawang. Hasilnya bukan saja cantik warna keemasan tetapi segar dan wangi. Bagi suri-rumah, bawang tengah murah (harga RM1.40) beli dalam dua kilo...hiris alus..sekarang tengah panas, jemurkan sekejap dalam dulang..gaul sedikit tepung beras dan goreng dan simpan dalam bekas kedap udara (air tight container). Bukan saja jimat tapi wanginya..paling best.
No comments:
Post a Comment