Ok jom kita belajar tip-tip menyediakan Penyediaan Cili Kisar: Cili kisar yang terbaik. Harap para sahabat yang baik hati berikan tip-tip yang bermanfaat: Betulkan mamak haji kalau silap..mamak haji juga perlu belajar.
Penyediaan Cili Kisar:
Cili kisar yang bermutu boleh disediakan dengan memotong cili size kecil dengan gunting mengikut 45 darjah. Rebuskan sehingga cili lembut. secara biasa biji-biji cili akan gugur.Bersihkan rebusan dengan penapis atau kaut dengan tangan bahagian atas cili (biasanya biji cili akan berada dibawah).
1. Kisar cili mestilah 1 bahagian cili di balang pengisar dan 1 bahgian air. Jangan sendatkan balang pengisar. Gunakan air rebusan supaya cili kisar anda tidak cepat masam/rosak.
2. Gunakan hanya 3/4 bahgian balang pengisar supaya balang mempunyai ruang. Sekiranya kisaran menjadi kasar atau berat masukan satu sudu minyak masak ke dalam balang pengisar.
3. Kisaran perlu mengikut waktu yang ditetapkan oleh pembuat pengisar kebiasaannya 1 minit berhenti 30 saat dan kisar kembali. Kisaran berterusan akan membakar motor pengisar.
4. Elakan menggunakan bahan panas dalam balang kisaran untuk dikisar.Ini akan menumpulkan pisau pengisar.Tentukan setiap kali habis mengisar bersihkan balang pengisar dengan betul.
5. Tentukan cili kisar ditutup rapat dan Cili yang telah dikisar perlu simpan di bahagian bekuan peti sejuk bukan di bahagian penyejuk.
No comments:
Post a Comment