Tuesday, April 1, 2014

RESEPI CARROT MILK SHAKE / JUS KAROT BERSUSU oleh mamak haji

RESEPI CARROT MILK SHAKE / JUS KAROT BERSUSU
Menyediakan milk shake sangat mudah..kita tak perlukan pemerah jus - juice extractor..dengan pengisar/blender biasa pun dah cukup tapi kerja ada lebih sikit lah..tapi mamak haji rasa pakai blender biasa lagi sedap ..
Bahan-bahan yang perlukan:
- 2 biji karot sederhana besar, dikupas kulit dan hiris untuk sesuai dikisar.
- 1 cawan air untuk kisar.
- 1 cawan susu segar atau susu sejat (cair). Jangan gunakan susu pekat walau boleh tapi ini minuman berkhasiat pakai susu pekat yang diperbuat daripada lemak sawit akan merosakan nama minuman berkhasiat ini.
- 2-3 sudu besar gula (ikut kemanisan yang anda perlukan tapi kurangkan yea, latih lidah kurang gula bukan kerana harga gula tapi kabohiderat yang tinggi.
- 1 cawan air panas.
- secubit garam. Semua juice yang beracid seperti limau oren, nenas atau apple kena letak garam untuk minuman kita tak lebam atau bila lama sikit aromonya bertukar. Jus apple akan jadi lebam, Jus nenas pula akan bertukar bau yang tidak enak..sama juga kalau potongan apple atau jambu batu kalau nak hidangkan..sediakan bekas yang diisi air ais dan sedikit garam yang telah larutkan.masukkan potongan buah kedalam bekas ini sebelum dihidangkan.
Cara-Cara:
1. Blender karot dan pati karot dikeluarkan dan asingkan dalam sebuah bekas dan masukkan 1 cawan air panas, Biarkan selama 10 minit - (sebenarnya kita nak matikan aroma jus yang asli / raw itu) Masukkan dalam penapis dan tapis. asingkan jusnya.
2. Susu diperhangat sedikit, bila mula panas keluarkan dan masukan dalam jus karot yang telah ditapis.
3. Masukan sebatian jus karot dan susu suam dan ditambah gula dan secubit garam..kisar dalam 1 minit. Anda akan dapat bueh yang tinggi seperti teh tarek..Inilah dikatakan shake itu.
4. hidang dalam cawan bersama dengan air batu. Sangat nyaman untuk minum. selamat mencuba.

No comments: