Sunday, March 30, 2014

Kenali siapa "Bani Tamim" بني تميم oleh Dr Abu Anas Madani

Kenali siapa
"Bani Tamim" بني تميم
Abu Hurairah radhiyallahu anhu berkata: Aku sentiasa MENCINTAI BANI TAMIM disebabkan TIGA PERKARA yang aku dengar daripada Rasulullah shallallahu alaihi wa salam.
1- Aku mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
هم أشد أمتي على الدجال
"MEREKA adalah umatku yang PALING KUAT MENENTANG DAJJAL"
2- Satu hari, sampai sedekah BANI TAMIM. Lalu, Nabi shallallahu alaihi wa salam bersabda:
هذه صدقات قومنا
"Ini merupakan sedekah KAUM KAMI"
3- Ada seorang tawanan wanita daripada BANI TAMIM berada di sisi Aisyah radhiyallahu anha. Lalu, Rasulullah shallallahu alaihi wa salam bersabda:
أعتقيها فانها من ولد اسماعيل
"Bebaskanlah dia kerana dia merupakan anak keturunan Ismail (alaihissalam)" [Muttafaqun Alaih]
BANU TAMIM adalah kabilah masyhur yang berada di sekitar ARAB SAUDI dan negara di sekitarnya.
Syaikh Abdul Muhsin Al-Abbad hafizahullah, ketika mensyarahkan Shahih al-Bukhari di Masjid Nabawi berkata:
"Hadis ini merupakan dalil bahawa KABILAH ini akan TERUS KEKAL sehingga akhir zaman di samping KELUARGA NABI shallallahu alaihi wa salam yang akan lahir daripadanya Mahdi"
Jangan kita bencikan BANI TAMIM. Kenali mereka dan keturunan mereka. Cintailah mereka sebagaimana Abu Hurairah radhiyallahu mencintai mereka.
Semoga Allah taala berikan kekuatan kepada kita untuk bersama-sama Mahdi dan Bani Tamim untuk menentang Dajjal jika dia muncul nanti. 

No comments: