Sunday, March 30, 2014

Minuman Serai Berhalia


Sebenarnya Mamak Haji ingin pertengahkan satu lagi minuman herba yang kaya dengan khasiat semula jadi yang jarang kita kenali...MINUMAN SERAI BERHALIA: Bahan CITRAL yang terdapat dalam serai ada lah dikatakan mampu membunuh cell Kanser. Beta-carotene pula anti-oxidant yang sangat kuat boleh menghapuskan cell cancer tidak merebak.

Serai juga dikatakan punyai anti-toksid atau anti- microbial (pembasmi toksid) dalam tubuh badan, yang mampu mencuci buah pinggang, hati dan pundi-pundi kencing dan kerap kita buang air kecil dengan membersihkan sistem perkumuhan tubuh badan.

Serai juga dikatakan boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan bahan citral ini boleh buang cholesterol, uric acid dan lemak di tubuh badan.

Resepi Minuman Serai Berhalia:
Bahan-Bahan Yang diperlukan:
4 cawan air.
4 batang serai diketuk diperdunya.
4 sudu besar Gula merah.
1 inci hirisan halia.
5 helai daun selasih.
1 sudu kecil jus limau nipis atau lemon.

Cara masak:
1. Masukan serai dan halia dalam sebuah periuk. Didihkan airnya. Bila mula didih, kecilkan api dapur..reneh selama 1- 1 1/2 jam.

2. Masukan gula dan kacau. Matikan api dapur. Masukkan jus limau dan daun selasih. Tapis. Boleh disejukkan atau bubuh air batu. Mamak haji suka minum panas..untuk badan berpeluh. Selamat mencuba.

No comments: