CARA BETUL MENYIMPAN REMPAH-REMPAH:
1. Sekiranya rempah yang belum kisar atau "whole spice" di simpan betul boleh bertahan sehingga tiga tahun, rempah yang telah kisar boleh bertahan hingga 1-2 tahun, herba kering boleh tahan 1-3 tahun.
2. Kerosakan rempah boleh dikenal pasti dengan, menjadi pucat warna asal, tidak ada rasa dan kehilangan aroma rempah itu.
3. Musuh utama kerosakan aroma ialah cahaya, kepanasan dan kelembapan udara (humidity).
4. Jangan sekali gunakan sudu yang lembab atau tangan yang basah mengambil rempah dalam bekas. Kelembabpan ini akan jadikan serbuk rempah berkental dan berbeku. Rempah yang belum dikisar akan rosak.
5. Jangan masukkan sebarang rempah dalam peti sejuk atau suka simpan di rak atas dapur masak.
6. Simpan rempah dibilik dingin, tidak masuki sinar matahari, dan kering.
7. Gunakan bekas kedap udara untuk simpan sebarang rempah.
No comments:
Post a Comment