Tuesday, July 1, 2014

Inti Biskut Makmur Rangup

Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, tentu ramai yang teringin hendak membuat kuih raya sendiri bukan? Dan salah satu kuih raya yang paling popular adalah Biskut Makmur.

Namun, kepada sesiapa yang baru cuba-cuba untuk membuat biskut ini, pasti anda akan menghadapi masalah untuk membuat intinya benar-benar rangup.

Bagi membantu anda dalam menangani masalah tersebut, berikut adalah petua atau panduan yang boleh anda ikuti.

Pastikan kacang tanah yang digoreng betul-betul masak. Jika suka, campurkan dengan gajus bakar. Gunakan kacang tanah yang segar dan jangan biarkan bahan ini dimasuki angin selepas digoreng dan dikisar.

Simpan di dalam bekas kedap udara tetapi pastikan kacang benar-benar sejuk sebelum ditutup rapat. 

No comments: