Saturday, September 14, 2013

PERIA GORENG RANGUP MAMAK PENANG

RESEPI: PERIA GORENG RANGUP MAMAK PENANG.
BAHAN-BAHAN:
1 atau 2 biji peria “cina” atau peria katak (5-6 biji).
1 sudu besar serbuk cili.
1/4 sudu kecil garam atau secukup rasa.
1 sudu besar (tbsp) santan pekat ( tidak mestikan).
50 gm tepung gandum.
1 sudu besar (tbsp) tepung ubi kayu.
1 sudu besar (tbsp) tepung beras.
1 biji telur dipukul.
1/2 kiub ayam (knorr atau maggi) tidak kemestian.
100 liter air ais atau sejuk atau kelikatan yang diperlukan untuk adunan tepung goreng yang sempurna.
Cara-Cara Penyediaan:
1. Basuh buah Peria. Potong dan buang kedua hujung peria. Kerat melintang dua (berbentuk selinder). Bersihkan biji dan isinya supaya peria berongga, jangan cacatkan betuk bulatnya. Hiriskan peria. Jangan terlalu nipis akan hangus dan rupa bulat akan terjejas. jangan tebal, sukar untuk masak, habis hangus tepung tapi peria tak masak. Dirnedam dlm air garam dan ditoskan. Air garam utk kurangkan pahit.
2. Dlm bekas masukkan serbuk cili, tepung beras dan garam dan adunkan. Ambil hirisan peria satu persatu tekapkan (tekan) pada pada adunan tepung disediakan pada kedua-dua belah permukaan. Asingkan semua hirisan yang selesai tekap. Cara ini untuk mengeringkan hirisan peria supaya bila goreng ia akan ranggup dan garam untuk mengurangkan pahit.
3. Dalam sebuah bekas lain masukan tepung gandum, tepung ubi dan tepung yang baki adunan tekapan. Masukan santan, lada hitam, telur telah dipukul, air dan garam secukup rasa. Adunkan supaya anda dapat adunan tepung goreng kelikatan yang tepat. Terlalu pekat adunan tepung akan menhilangkan fizikal peria. maka adunan tepung gorengan kelikatanya perlu seperti gorengan pisang. Dalam adunan tepung untuk goreng tak semestinya anda ikut cara mamak haji anda boleh sediakan berbagai adunan tepung goreng ini. kalau ada tepung gorengan ayam yang berlebihan boleh juga gunakan untuk gorengan ini. Biasa untuk berniaga mamak haji cuma gunakan tepung berlebihan ayam goreng ia lagi lazat. yang penting dalam gorengan ini tekapan kepada tepung untuk mengeringkan air yg terdapat dalam hirisan peria tersebut. Kalau tidak tepung tidak akan melekat pada hirisan peria. nanti tepung kemana, peria kemana….
4. Panaskan minyak, bila minyak panas secukup, masukkan sekeping demi sekeping hirisan peria yang dicelup tepung. Masa goreng cuma 5-6 minit saja. Bila garing toskan minyak berlebihan. Sudah siap peria goreng ranggup. Mudah bukan?.
Nota: Tentang tepung goreng anda perhatikan mamak haji gunakan tepung beras dan tepung ubi kerana, masalah besar orang berniaga ialah bila gorengan ini panas, memanglah ranggup bila sejuk?. Akan lemau. Maka dengan sebab inilah mamak haji sengaja keraskan adunan tepung ini. Untuk suri rumah yang ingin makan panas-panas cuma gunakan tepung jagung dan gandum dalam nisbah 1:2 sudah memadai. kalau nak ranggup gunakan setiap cawan tepung 1/2 sudu kecil baking powder. Lebih mudah. dalam sertiap resepi yang penting bagaimana nak buat, selepas itu olah saja resepi ikut selera anda. Biasanya resepi yang olah itu lebih sedap dari resepi asli. Dalam resepi ini mamak haji suka masukkan perwarna “merah oren”, sedikit supaya warnanya meanrik mata pelangan. tetapi untuk goreng di rumah warna serbuk cili yang merah sudah memadai. Masak seperti ini perlu sabar. kalu nak cepat memang tak jadi

No comments: